Dua sidang parlimen mengelirukan
Keputusan kerajaan untuk mengadakan “sidang khas parlimen” dan “sidang parlimen hibrid” mengelirukan, kata veteran Umno Shahrir Abdul Samad.
Bekas ahli parlimen Johor Bahru itu merujuk kenyataan Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid yang mengumumkan sidang parlimen secara hibrid dijangka diadakan sekitar Ogor atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.
Pada masa sama, kenyataan jawatankuasa itu turut menyebut tentang “sidang khas” yang perlu diadakan terlebih dahulu pada awal Ogos ini bagi memperincikan hal resolusi berkaitan sidang parlimen hibrid.
“…dalam perenggan lapan, ‘dicadangkan satu Sidang Khas Parlimen diadakan pada awal bulan Ogos tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)’.
“Lepas tu, di perenggan 11, ‘dijangka persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021’.
“Ni, ada dua sidang ke?” soalnya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Shahrir turut menyifatkan sidang parlimen hibrid itu sekadar untuk “melepaskan tengkuk”.
Gambaran tarikh pembukaan parlimen semakin jelas hari ini apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bersama.
Berdasarkan jangkaan kedua-dua mereka, tarikh pembukaan parlimen itu tidak banyak bezanya dengan apa yang dibayangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Menurut kenyataan Azhar dan Rais, mereka menjangkakan sidang parlimen secara hibrid boleh diadakan pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama Sept nanti.
Sidang itu diadakan selepas sidang khas yang perlu diadakan terlebih dahulu bagi memperincikan hal berkaitan sidang parlimen hibrid.
Kata mereka ia termasuklah beberapa pindaan ke atas peraturan mesyuarat, takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab ahli parlimen serta hal-hal teknikal berkaitan.
Dua sidang parlimen mengelirukan
Baca Artikel Menarik :
- Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
- RESEPI KUIH LAPIS BERGEDIK SUKATAN CAWAN
- Terkhilaf keluar Amanah, Hasnul minta maaf
- RM20,000 sehari jual durian waktu PKP
- JKom dibayar lawan pembangkang, bukan saya – Najib
- Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.