Covid-19: 5812 kes baharu hari ini




Covid-19: 5812 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 5,812 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Angka terbaru itu dicatatkan tiga hari sebelum sekatan pergerakan penuh (total lockdown) tamat.

Perintah sekatan pergerakan penuh bermula pada 1 Jun dan akan berakhir pada 28 Jun.

Seminggu sebelum bermulanya “total lockdown”, purata kes harian Covid-19 dalam masa seminggu adalah sebanyak 7,680 kes.




Manakala purata kes harian dalam tempoh tujuh hari lalu adalah 5,350 kes.

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor (2,187)
Kuala Lumpur (771)
Sarawak (673)
Negeri Sembilan (658)
Pulau Pinang (270)
Melaka (223)
Johor (196)
Kedah (186)
Sabah (156)
Pahang (139)
Labuan (123)
Kelantan (98)
Perak (72)
Terengganu (46)
Putrajaya (14)

Semalam, sebanyak 5,841 kes baharu dilaporkan dengan lebih separuh kes juga direkodkan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

[Berita penuh menyusul]




Covid-19: 5812 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


3 diberkas jual vaksin COVID-19



Leave a Reply

Your email address will not be published.