Fokus juga kepada M40, mereka juga terseksa
Fokus juga kepada M40, mereka juga terseksa
Henti fokus hanya pada B40, M40 juga terseksa, kata Ahli Parlimen
Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias menggesa kerajaan supaya berhenti memberi fokus hanya kepada golongan B40 kerana golongan M40 yang kini sedang dihimpit masalah kewangan turut memerlukan bantuan.
Sehubungan itu Jalaluddin berkata, kerajaan perlu mengambil kira bantuan yang boleh diberikan dan pada masa sama mempercepatkan pemberian bantuan yang dijanjikan.
“Segala bentuk bantuan yang boleh diberi harus diberi segera, i-Sinar 2.0, Moratorium 2,0 secara automatik harus segera dilaksanakan.
“Bantuan-bantuan yang telah diumumkan sebelum ini juga harus dipercepatkan prosesnya,” katanya di Facebook.
Jelas beliau, kerajaan tidak boleh berlengah lagi memandangkan situasi Covid-19 ditambah pula dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah cukup membebankan sehingga tercetusnya masalah tekanan perasaan dalam kalangan rakyat marhaen.
“Pelaksanaan PKP sejak Mac 2020 lalu sedikit sebanyak telah memburukkan lagi keadaan..bagi sesetengah rakyat di luar sana, PKP ini umpama satu seksaan dunia untuk mereka..kerajaan sudah tidak boleh berdiam diri.
“Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan pendapatan, anak-nak memberontak akibat terlalu lama duduk di rumah tidak dapat keluar. Apabila anak-anak memberontak, ibu bapa ‘stress’ sampai bergaduh suami isteri dan akhirnya rumah tangga porak peranda.”
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar individu yang mengalami tekanan perasaan perlu segera mendapatkan bantuan yang sewajarnya agar perkara tidak diingini boleh dielak.
“Jika anda ketika ini menghadapi tekanan perasaan, jangan dipendam, jangan disimpan. Cari orang untuk berkongsi, cari orang yang boleh membantu. Tindakan memendam ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri,” ujarnya. FMT
Fokus juga kepada M40, mereka juga terseksa
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?
- Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah
- Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam
- M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang
- Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM
- Resepi Kerabu Maggi Thai
Layari Laman Facebook MYKMU