Bagai cerita kartun, karut, Zahid jawab Nazri


Bagai cerita kartun, karut, Zahid jawab Nazri

‘Bagai cerita kartun, karut’, Zahid jawab dakwaan hilang kepercayaan Nazri

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan kononnya 25 Ahli Parlimen daripada parti itu hilang kepercayaan terhadapnya sebagai karut.

Zahid secara sinis turut menyifatkan dakwaan itu bagai cerita kartun.

“Hilang kepercayaan kepada MP (Ahli Parlimen) lain? Cerita kartun,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen termasuk beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Zahid sebagai Presiden Umno.

Nazri berkata, tindakan itu dibuat selepas Zahid dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

Berikutan itu, Nazri bersama 24 Ahli Parlimen lain membuat sokongan supaya Menteri Luar Hishamuddin Hussein diberi mandat berurusan dan membuat keputusan bagi pihak mereka jika dipanggil menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan Mohamed Nazri Aziz bahawa Ahli Parlimen Umno hilang kepercayaan terhadapnya adalah karut. FMT

Bagai cerita kartun, karut, Zahid jawab Nazri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kami yakin dengan Zahid, Bung jawab Nazri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker