Pekat dengan kerangka liberal, Pesuruhjaya SUHAKAM perlu dirombak
Pekat dengan kerangka liberal, Pesuruhjaya SUHAKAM perlu dirombak. Menteri Undang-Undang dirayu bertindak ke atas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang didapati sudah menyeleweng daripada tujuan asal penubuhannya.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sekurang-kurangnya rombakan semula keanggotaan Pesuruhjaya di SUHAKAM perlu dilakukan segera.
Beliau menegaskan, masih terdapat ramai pakar-pakar berkelayakan dan mempunyai pemikiran waras boleh mengganggotai jawatan di suruhanjaya tersebut.
Katanya lagi, ini termasuklah ilmuan-ilmuan Islam atau alim ulama kerana perkara berkaitan hak asasi manusia perlu dipandu dengan landasan serta ilmu agama.
“Ianya kini ‘terlalu pekat’ dengan kerangka liberal Barat sebagaimana yang kita lihat pada SUHAKAM hari ini.
“Jika SUHAKAM dapat dirombak dan diubah sedemikian, saya kira ianya adalah antara pencapaian dan sumbangan terbesar untuk agama Islam di Malaysia buat zaman ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan SUHAKAM yang secara terang lagi bersuluh mencari penyelidik untuk mengkaji berkaitan gender ketiga hingga ke tahap boleh memungkinkan pengiktirafan terhadap golongan ini berlaku.
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, SUHAKAM bukan sebuah badan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan suruhanjaya yang ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) 1999 melalui Parlimen ketika itu.
Malah, katanya, ia juga adalah sebuah agensi kerajaan yang mendapat peruntukan jutaan ringgit setiap tahun dan beroperasi di Malaysia.
“Maka, jika mereka menyeleweng, maka penyelewengan itu akan senang tersebar ke seluruh Malaysia. Ini yang kita tidak mahu dan kita bimbangi,” katanya.
Baca Artikel Menarik :
- Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?
- Resepi Gulai Lemak Telur Merecik
- Amy Search ambil vaksin sambil belanja Fantasia Bulan Madu [VIDEO]
- Artis mengaku pada polis beli ganja online
- Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong
- Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
Bapa tenat, Ebit Lew masih belum pulang