Bapa tenat, Ebit Lew masih belum pulang
Bapa tenat, Ebit Lew masih belum pulang.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew terus berdepan ujian apabila keadaan kesihatan bapa kesayangannya semakin tenat.
Perkara itu dimaklumkan Ebit menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.
Ebit ketika masih di luar negara ketika ini untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dia turut memohon semua pihak untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya yang kini terlantar di hospital.
“Mohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital dijaga oleh abang saya. Mohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku,” tulisnya.
Menurut Ebit, dia berkesempatan untuk bercakap dengan bapanya menerusi panggilan telefon dan dinasihatkan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah.
“InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” ujar Ebit. MG
Sebelum ini tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak mengemas kini beberapa laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menimbulkan kegusaran buat rakyat negara ini khusus pengikutnya.
Berdasarkan semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya hari ini mendapati kali terakhir beliau membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.
Menerusi sebuah portal, rata-rata pengikut pendakwah popular itu menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas serta ubat-ubatan ke Palestin.
Bapa tenat, Ebit Lew masih belum pulang
Baca Artikel Menarik :
- Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?
- Resepi Gulai Lemak Telur Merecik
- Amy Search ambil vaksin sambil belanja Fantasia Bulan Madu [VIDEO]
- Artis mengaku pada polis beli ganja online
- Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong
- Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.