Buka Parlimen segera, bukan kemudian atau September, desak Ahli Parlimen

Buka Parlimen segera, bukan kemudian atau September, desak Ahli Parlimen

Buka Parlimen segera, bukan kemudian atau September, desak Ahli Parlimen

PETALING JAYA: Parlimen sudah lama digantung dan tiada alasan lagi untuk menangguhkannya hingga September, demikian reaksi beberapa ahli politik selepas pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mereka mempersoalkan mengapa penggantungan Parlimen dan DUN hanya akan dibuka beberapa bulan lagi, dengan kebanyakan ragu-ragu, sambil menyifatkannya sebagai satu lagi cara untuk melanjutkan tempoh pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen, berkata Muhyiddin perlu memberikan penjelasan yang rasional berikutan langkah itu.

“Bagaimana penangguhan Parlimen membantu membendung pandemik? Adakah dengan melanjutkannya sehingga selepas Ogos akan membantu?

Parlimen dan DUN ditangguhkan sebaik darurat diisytiharkan pada Januari lalu. Muhyiddin pada mulanya berkata keadaan darurat akan ditamatkan secara automatik pada Ogos.

“Sekiranya tiada penjelasan yang rasional, ia tidak lebih dari sekadar langkah “melengahkan masa” yang akan terus menjejaskan ketelusan dan akauntabiliti satu kepemimpinan yang tidak kompeten,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, mengulangi hal ini, sambil mengakui tiada kesungguhan dalam jaminan Muhyiddin untuk membuka kembali Parlimen.

“Saya melihat keadaan ini sebagai janji manis PM. Parlimen sepatutnya dibuka segera, bukan kemudian, bukan September. Sekarang.”

Beliau berkata, pembukaan semula Parlimen dan DUN perlu bertepatan dengan berakhirnya proklamasi darurat.

“Tujuan sebenar darurat adalah untuk mengekang Covid-19 dan ia telah gagal dengan teruk,” katanya.

Ini bermakna perlu ada perdebatan penuh mengenai kemas kini belanjawan, pemberian vaksinasi kebangsaan, ujian saringan Covid-19 dan rancangan kerajaan untuk pemulihan ekonomi. “Satu jawatankuasa antara parti juga perlu dibentuk untuk memantau pemulihan sosial dan ekonomi.”

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bersetuju berkata: “Mengapa kita perlu menunggu hingga September atau Oktober? Orang ramai mahukan jawapan untuk banyak isu berbangkit yang berkaitan dengan kehidupan dan mata pencarian mereka.”

Katanya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggantung Parlimen semasa wabak itu dan ia sesuatu yang “memalukan di dunia”.

Asyraf berkata, kerajaan perlu dipertanggungjawabkan ke atas banyak aspek termasuk membelanjakan wang pembayar cukai untuk Covid-19, program imunisasi kebangsaan, dan rancangan keseluruhannya untuk membendung wabak tersebut.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, mendesak semua rang undang-undang yang tertunda dibentangkan selepas Parlimen bersidang semula.

Undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCC), Akta Gangguan Seksual, dan pindaan lain terhadap Kanun Keseksaan termasuk yang dimaksudkan untuk mengatasi lonjakan kematian dalam tahanan polis baru-baru ini perlu diperdebatkan.

Bersih 2.0 yang turut menggesa Parlimen segera dibuka, berkata ia tidak sepatutnya digantung sejak awal lagi. “Kita hanya perlu melihat contoh UK, Australia, AS, Singapura, dan hampir semua negara demokrasi di seluruh dunia yang menyesuaikan diri dengan cabaran dan membiarkan Parlimen mereka berfungsi sama ada secara maya atau secara hibrid,” katanya dalam kenyataan. FMT

Buka Parlimen segera, bukan kemudian atau September, desak Ahli Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Warganet kecam pelan ‘tak realistik’ kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker