Tertukar Bayi : Semua Terjadi Ada Hikmah, Allah Aturkan Semua Ini Dan Kebetulan Nama Pun Lebih Kurang Sama [VIDEO]
Tertukar Bayi : Semua Terjadi Ada Hikmah, Allah Aturkan Semua Ini Dan Kebetulan Nama Pun Lebih Kurang Sama [VIDEO]
“Tengok anak kami, teringat bayi satu lagi”
SEPERTI dalam drama, begitulah reaksi seorang ibu yang berdepan detik cemas apabila menyedari anaknya yang baru dilahlrkan tertukar dengan bayi orang lain.Kisah mengenai bayi tertukar itu menjadi tular apabila wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin membuat perkongsian menerusi Facebook (FB) Live, Sabtu malam.
Berkongsi pengalaman, wanita berusia 22 tahun itu mengakui pada mulanya tergamam berdepan detik mencemaskan itu yang membabitkan anak lelaki keduanya.
“Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Sebelum ni kita tengok kat dalam drama je, tapi perkara ini terjadi pada diri sendiri.
“Saya memang terkesima, terdiam, rasau semua ada. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya bila dapat tahu anak yang saya pegang tu bukan anak saya.
“Saya asyik fikir anak saya kat mana, dengan siapa, macam mana keadaan dia,” katanya kepada mStar sambil menambah dia melahlrkan bayi lelaki di sebuah hospital di Shah Alam, kira-kira jam 2.30 pagi pada 11 Jun.
Lebih dikenali sebagai Siti Jamumall, dia hanya menyedari bayi itu bukan anaknya semasa suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi berkenaan selepas pulang ke rumah.
“Saya discaj petang semalam (Sabtu), masa waktu Maghrib suami nak potong tag di kaki anak, ada nama wanita lain dan bukannya nama saya.
“Nasib baik suami tengok dulu tag nama tu sebelum dia buang. Dia siap tanya kenapa nama ibu lain? Masa tu kami terus keliru, eh betul ke ini anak kami?
“Kami ada ambil gambar anak selepas saya bersalin sebelum anak dibawa ke nurseri, tapi kami sedapkan hati sendiri mungkin muka bayi berubah,” katanya sambil menambah tanda nama tersebut dipercayai merujuk kepada ibu kepada bayi yang dilahirkan jam 3 petang 10 Jun.
Menurut usahawan itu, dia dan suaminya menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.
“Setibanya di hospital, kami dibawa jumpa ibu bapa yang juga tertukar bayi dengan membawa pulang anak kami, bersama pihak hospital.
“Bila kami dibawa jumpa dengan anak kami yang sebenar, saya tak tengok tag dah. Saya terus teringat muka anak saya yang pertama. Memang iras dengan wajah abang dia yang berusia setahun dan enam bulan,” katanya.
TERUS JADI FAMILY
“Allah terima kasih satukan kami , automatik kami dah jadi family . siti tak sangka allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni”
“Siti percaya allah aturkan dan pilih siti untuk perjuangan ini . Allah luluh baca ni dari dr pakar puan yg wasap siti . bayangkan kejadian yg berlaku tapi tak tau tertukar anak sendiri”
Dalam pada itu, Siti Jamumall tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila telah menyusukan kedua-dua bayi termasuk anak orang lain yang tertukar itu.
Sumber: Facebook Jamumall
“Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan anak saya. Ada hikmah di sebaliknya. Tak jangka, mak saya pun ingatkan situasi macam ni berlaku dalam drama je.
“Hari ni saya ke hospital semula untuk melakukan pemeriksaan kesihatan penuh terhadap anak memandangkan dia dibawa keluar dari hospital lebih awal dari sepatutnya.
“Saya juga akan mendapatkan khidmat nasihat guaman dalam mempertimbangkan tindakan selanjutnya sebagai pengajaran,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sumber : mSTAR / Facebook Jamumall
Tertukar Bayi : Semua Terjadi Ada Hikmah, Allah Aturkan Semua Ini Dan Kebetulan Nama Pun Lebih Kurang Sama [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.