Portal baharu bantu pelajar dalam sains, matematik
Portal baharu bantu pelajar dalam sains, matematik
PETALING JAYA: Di kala wabak yang mengakibatkan pelbagai gangguan dalam pendidikan, Pertubuhan Sains, Teknologi dan Inovasi (ASTI) membantu pelajar kembali kepada pelajaran melalui portal dalam talian terkini yang fokus kepada topik sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Portal yang dikenali sebagai ASTI STEM Academy (ASA) itu dilancarkan hari ini dan terdapat dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Tamil, dengan FMT menjadi rakan media rasmi.
Murid-murid Tahun Satu hingga Enam boleh mengukur kemajuan pelajaran mereka melalui penilaian kendiri dalam portal itu, terutamanya melalui kuiz sains atau matematik bulanan.
Portal ASA adalah inisiatif pertama bawah rancangan pemulihan dua tahun ASTI untuk membantu murid-murid menebus masa yang hilang akibat penutupan sekolah yang kerap tahun lalu.
Presiden ASTI Mohamed Yunus Yasin berkata, ASA bertujuan memberi petunjuk kepada pelajar mengenai tahap pemahaman mereka dalam subjek tertentu, yang membolehkan mereka mengambil “tindakan sewajarnya untuk memperbaiki diri”.
“Kami faham sesetengah pelajar dan ibu bapa mungkin tidak mempunyai penilaian tetap yang tersedia untuk mereka, dan (kami) percaya ini adalah salah satu alasan kenapa mereka dilihat ketinggalan dalam topik tertentu,” katanya.
“Kami harap masalah ini dapat ditangani segera melalui pelaksanaan portal ASA.”
Tambahnya, hasil daripada kuiz juga boleh digunakan pelajar, guru atau ibu bapa untuk menyusun strategi bagi pendekatan pembelajaran mereka.
Yunus berkata, ciri penilaian kendiri dimasukkan untuk membolehkan masyarakat bersikap jujur dan bertanggungjawab terhadap masa depan mereka.
“Tiada penipuan di sini. Kepercayaan adalah relevan dalam setiap perkara yang kita lakukan, dan ini termasuk cara penilaian standard dilakukan.”
Walaupun terdapat inisiatif segera untuk mengurangkan impak wabak, Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar berkata, tiba masanya untuk memulakan perancangan jangka panjang.
Media massa di negara ini harus terbabit dalam pemulihan selepas wabak, khasnya dari segi pendidikan.
Beliau berkata, FMT mempunyai tanggungjawab menggunakan jangkauannya bagi memaklumkan orang ramai mengenai program ASA untuk memanfaatkan seramai mungkin pelajar.
“Disebabkan sekolah ditutup, media tempatan perlu tampil menjadi perantara bagi menghubungkan pelajar terjejas dengan alat yang ada untuk mereka kembali ke landasan,” kata Azeem.
Portal ASA disediakan secara percuma sepanjang tahun dan kuiz baharu akan dimuat naik setiap bulan.
Pendaftaran boleh dibuat di www.astistemacademy.com dan sebarang pertanyaan boleh dihantar ke [email protected] atau Whatsapp 014-7124217. FMT
Portal baharu bantu pelajar dalam sains, matematik
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
SPM: Cikgu cipta modul khas, 22 pelajar dapat A dalam Sains
You must be logged in to post a comment.