Kisah di sebalik nama Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w

Kisah di sebalik nama Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w

Kisah di sebalik nama Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w

Fatimah puteri Rasulullah s.a.w.
Muhammad s.a.w. mengendong anaknya dengan penuh kelembutan, sedang Khadijah rasa terharu saat melihat wajah suaminya penuh dengan keceriaan. Kegembiraan Khadijah terpancar tatkala melihat raut wajah anaknya yang saling tidak tumpah persis wajah suaminya.

“Anak Muhammad telah lahir! Anak Muhammad telah lahir!” begitulah laungan para sahabat memecah keheningan kota Mekah.

Baginda berasa senang hati dengan kelahiran anak tersebut dan berkata kepada Khadijah,

“Wahai isteriku, sesungguhnya dia adalah manusia yang diberkati, dan sesungguhnya Allah S.W.T. memberi keturunanku darinya.”

Anak ini telah dinamakan Fatimah, yang bermaksud pemotongan atau pemisahan. Menurut saidina Ali r.a. Baginda menamakannya Fatimah kerana Allah telah memisahkannya dari neraka.

Itulah nama yang paling terkenal baginya. Walaubagaimanapun dia juga mempunyai nama-nama panggilan yang lain antaranya:

Az-Zahra

az-Zahra simbolik bagi melambangkan bahawa beliau merupakan bunga mekar bagi Nabi s.a.w. Menurut riwayat dari Jaafar b. Muhammad b. Ali dari ayahnya berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang Fatimah, kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Jawab Baginda, “kerana jika dia berdiri di mihrabnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”

Al-Batul

Disebalik nama ini, ia membawa satu maksud yang tersirat kerana Allah memutuskan darinya kecantikan, keutamaan dan keagungan (duniawi) atau tidak terputus hubungannya dengan Allah. Menurut kitab Taj al-Arus, digelarkannya al-Batul kerana penyamaan darjat Fatimah dengan siti Mariam di sisi Allah.

Ummu Abiha

Gelaran yang bermaksud (ibu dari ayahnya) ini kerana dia anak Baginda s.a.w. yang paling kecil. Bahkan dia juga merupakan seorang yang sering berada di sisi Baginda bagi membantu Baginda, mengurus dan menjaganya.

Ash-Shadiqah

Ash-Shadiqah gelaran yang begitu istimewa dan sangat bertepatan dengan dirinya sebagai menunjukkan sifatnya yang penuh kejujuran.

Bukan itu sahaja, bahkan dia juga mempunyai gelaran bagi melambangkan sifat tulus yang mekar dihatinya seperti al-Mubarakah iaitu yang diberkati, at-Thahirah bererti suci, az-Zakiah yang cerdik, ar-Radhiah yang meredai dan Mardhiahi yang bererti diredai. Utv

Kisah di sebalik nama Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hikmah penyakit menurut sunnah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker