Kepam ini banyak bunyi – Ben Amir

Kepam ini banyak bunyi – Ben Amir

Pelakon, Ben Amir masih tidak memadam hantaran berkaitan ‘individu kepam’ di X dan meninggalkan tanda tanya dalam kalangan pengikut di platform media sosial itu sejak dua hari lalu.

Dalam hantaran itu, Ben menulis kenyataan yang ditujukan kepada seseorang, namun tidak menyebut sebarang nama atau gambaran lain.

“It’s always the kepam ones yang banyak bunyi. Perangai tu elok sikit cb. (Selalunya, yang kepam yang banyak bunyi. Perangai itu elok sikit ‘cb’),” tulisnya.

Hantaran itu menuai pelbagai pertanyaan dan komen daripada pengguna lain.

“Ini bukan Ben Amir. Ini Ben Nathan,” tulis satu netizen.

“Ini selalu bermain di fikiran saya apabila orang yang berpenampilan buruk, turut memiliki sikap yang buruk,” tulis satu lagi netizen.

Ben bagaimanapun tidak menjawab atau membalas komen-komen itu.

Kepam adalah perkataan bahasa pasar yang digunakan untuk menggambarkan seseorang individu dengan penampilan selekeh serta badan berbau. HM

Kepam ini banyak bunyi – Ben Amir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker