Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet

Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet

Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet

Pemimpin Pakatan Harapan dan Umno membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang berkata Kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan darurat.

Mereka berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan darurat pada Januari lalu menyatakan jawatankuasa bebas khas yang akan menasihati Agong berhubung perkara itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan Takiyuddin itu menyimpang daripada Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan amat mengelirukan serta menimbulkan beberapa persoalan.

Ini kerana, katanya, kerajaan memberi pengecualian untuk Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menasihati Agong berbanding Kabinet.

Beliau yang turut menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat itu, mempersoalkan jika fungsi jawatankuasa itu sudah diambil alih Kabinet.

“Sehingga sekarang, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini masih wujud dan berfungsi menjalankan tugas dengan matlamat akhirnya mempersembahkan laporan kepada Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara, Arifin Zakaria, mempunyai 19 anggota.

Semalam, Takiyuddin dilaporkan berkata, kerajaan akan menasihati Agong sama ada darurat akan disambung sehingga 1 Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Umno Selangor, Noh Omar yang juga ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menyelar Takiyuddin dengan berkata, kenyataannya adalah penghinaan kepada ahli jawatankuasa itu yang diperkenankan Agong.

“Jika Baginda bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada menteri, kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?

“Adakah menteri merujuk kenyataan perdana menteri mengenai peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Saya minta menteri jelaskan apa sebenarnya peranan kami?” soalnya di Facebook.

Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa Muhyiddin tidak boleh dipercayai, jika beliau tidak boleh mengotakan janjinya berhubung perkara itu ketika mengisytiharkan darurat pada Januari lalu. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Azalina minta Takiyuddin henti alih tiang gol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker