Sarawak ikut lanjut PKP 3.0



Sebaran :

Sarawak ikut lanjut PKP 3.0

Sarawak ikut lanjut PKP 3.0

KUCHING: Sarawak mengikut langkah Kerajaan Persekutuan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama 14 hari lagi hingga 28 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengesahkannya dalam kenyataan ringkas malam ini.



“Kita mengikut keputusan yang sudah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan (hari ini). Langkah itu adalah menyeluruh dan kita kena mengikutnya,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan lanjutan PKP 3.0 untuk tempoh 14 hari lagi bermula 15 Jun hingga 28 Jun ini.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes positif COVID-19 harian masih tinggi hingga lebih 5,000 sehari.



Sebelum ini, Sarawak melaksanakan PKP yang bermula pada 29 Mei lalu hingga 11 Jun.

Bagaimanapun, pada 31 Mei lalu, JPBN Sarawak memutuskan untuk menyelaras tarikh pelaksanaan PKP di seluruh Sarawak hingga 14 Jun, berbanding pengumuman sebelumnya hingga 11 Jun. BH

Sarawak ikut lanjut PKP 3.0


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun


Sebaran :


Leave a Reply