Anwar sindir Dr M mengenai cadangan MAGERAN
Anwar sindir Dr M mengenai cadangan MAGERAN
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyelar bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berhubung cadangannya supaya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Perikatan Nasional (PN).
Dalam video disiarkan di Facebook, Anwar berkata tidak ada alasan untuk MAGERAN dibentuk dengan mengorbankan proses demokrasi atau Parlimen.
“Jangan korbankan rakyat kerana mahu jalan pintas untuk merebut kuasa dengan guna takrif darurat atau MAGERAN,” katanya.
Mahathir memberi cadangan itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara semalam, dan menawarkan diri untuk mengetuainya, susulan kegagalan PN mentadbir negara ketika wabak Covid-19.
Dalam pada itu, Anwar berkata pendiriannya amat jelas sama dengan Umno iaitu menolak darurat dan mahu sidang Parlimen segera diadakan, selain mahukan dasar yang jelas bagi meringankan beban rakyat ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.
Beliau bagaimanapun berkata, soal perbincangan dengan Agong tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
“Kita kena ingat kita minta Parlimen sebab apa? Sebab kita (mengamalkan) demokrasi berparlimen.
“Jangan korbankannya demi kepentingan, untuk kembali memegang kuasa, padahal tak ada alasan munasabah untuk kita tolak demokrasi, sidang Parlimen,” katanya. FMT
Anwar sindir Dr M mengenai cadangan MAGERAN
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Siapa yang gila kuasa sebenarnya?