Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
MAGERAN diperkenalkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak bertanggungjawab mengetuai gerakan itu.
“Saya cadang Mageran kerana kita dapati MAGERAN yang ditubuh dulu dan diketuai Tun Razak berjaya menangani masalah politik pada masa itu. Politik ini diselesaikan oleh Tun Razak dengan dia menjemput parti-parti lawan menyertai kerajaan.
“Ia dapat menarik Gerakan, Pas, SUPP, dan PPP terima untuk bekerja dengan kerajaan, dengan itu selesai masalah politik yang ada sebab kita tahu masa itu nak tubuh kerajaan susah sebab di Perak dan Selangor kemenangan alliance masa itu tak begitu jelas,” katanya semasa sidang media atas talian yang diadakan pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau percaya cadangan penubuhan semula MAGERAN ini tidak dipersetujui oleh kerajaan pada ketika ini.
“Saya ditanya sama ada kalau kita nak buat MAGERAN ini, tentulah kerajaan yang ada sekarang ini mencadang kepada Agong kerana dulu pun Tunku cadang kepada Agong, tetapi saya tak yakin kerajaan ada sekarang akan menubuhkan Mageran sebab awal-awal lagi mereka tidak perlu kepada Mageran.
Selain itu kata Dr Mahathir, cadangan Tun Razak untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada masa sama telah menstabilkan politik dan ekonomi dalam negara.
“Itu menunjukkan penubuhan badan seperti MAGERAN ini berjaya menyelesaikan masalah. Kali ini juga, kita boleh lakukan sebab pihak Pejuang umpamanya kita telah bincang dengan mendalam masalah negara dan kita tahu cara selesai masalah COVID-19 , ekonomi, politik dan sosial,” tambahnya.
Menegaskan Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Darurat Keselamatan pada 1969, justeru cadangan mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak MAGERAN bukanlah satu langkah yang sesuai.
Menurutnya, sehubungan itu, cadangan sedemikian adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan usaha kerajaan dan semua pihak dalam menangani krisis yang dihadapi negara.-Awani
Baca Artikel Menarik :
- Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya
- Tak sangka Yah Kuchai popular
- Sharifah Amani Isu Jodoh: ‘Takyah Jadi Bodoh, Percaya Pada Iman InsyaAllah Dia Sampai.
- Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Sedap
- Resepi Kuih Talam Suji Coklat
- Cadangan penubuhan Mageran dan nasib Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Saya cadang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) kerana mendapati penubuhan badan ini dahulu berjaya mengatasi masalah – Tun Dr Mahathir Mohamad [ @chedetofficial ] #AWANInews pic.twitter.com/elpVDjUrhV
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) June 10, 2021