“Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan”.. Warga Emas 76 Tahun Sanggup Berjalan Kaki 3km Untuk Terima Vaksin
“Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan”.. Warga Emas 76 Tahun Sanggup Berjalan Kaki 3km Untuk Terima Vaksin
KOTA BHARU: Akibat motosikal rosak dan tidak mahu menangguhkan suntikan vaksin COVID-19, seorang warga emas sanggup berjalan kaki kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Pasir Hor, di sini untuk mendapatkan suntikan itu di Kompleks Balai Islam, Lundang, minggu lepas.
Siti Meriam Sulong, 76, seorang ibu tunggal berkata, beliau tetap bersemangat walaupun terpaksa berjalan kaki hampir tiga jam untuk ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut pada Selasa lalu (1 Jun), selepas motosikal milik anaknya Suhaimi Husin, 42, rosak.
Katanya, pada awalnya beliau sepatutnya menerima suntikan dos pertama bulan lepas, namun terpaksa menolak janji temu itu disebabkan masalah pengangkutan.
“Saya keluar rumah pada jam 10 pagi untuk mendapatkan suntikan vaksin, memandangkan janji temu saya sekitar 1.30 petang dan saya tiba di Kompleks Balai Islam Lundang, pada jam 1 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pasir Hor, di sini hari ini.
Ibu kepada empat orang anak yang berusia antara 42 hingga 50 itu berkata, sebaik tiba di Kompleks Balai Islam Lundang itu, beliau meminta kebenaran jururawat bertugas untuk berehat terlebih dahulu.
“Sebaik tiba, petugas memaklumkan sudah tiba giliran sebelum saya meminta izin untuk berehat seketika, untuk menghilangkan rasa penat dan keletihan kerana berjalan jauh.
“Malah petugas yang bertugas di PPV berkenaan juga telah membantu menempah ‘grab car’ dan juga membayarnya untuk menghantar saya pulang ke rumah, selepas menerima suntikan itu,” katanya.
Siti Meriam berkata, beliau tidak mahu menyusahkan dua anaknya yang tinggal bersama kerana mereka mempunyai masalah kesihatan, selain dua orang lagi menetap di luar Kelantan.
Bercerita lanjut, Siti Meriam berkata cucunya Roshanani Bakri, 29, yang menetap di Kuala Lumpur telah membantunya mendaftar sebagai penerima vaksin di aplikasi MySejahtera.
“Sehari sebelum janji temu itu, cucu saya menelefon memberitahu mengenai janji temu tersebut selain turut menyuruh saya ke PPV berkenaan untuk menerima suntikan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sudah berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama ini, memandangkan golongan seperti saya wajar disuntik bagi mengelak wabak COVID-19 yang mudah dijangkiti dalam kalangan warga emas,” katanya yang akan menerima dos kedua pada 22 Jun nanti.
— BERNAMA
“Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan”.. Warga Emas 76 Tahun Sanggup Berjalan Kaki 3km Untuk Terima Vaksin
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.