Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian

Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian

Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Marzuki Mohamad, setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang mengkritik pihak yang menurutnya menggesa penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

“Tiba-tiba muncul video dia (bercakap) tentang Mageran. Dia membidas pihak yang mahu Mageran dilaksanakan. Apakah dia bercakap atas kapasiti individu atau mewakili perdana menteri?

“Kenapa tiba-tiba bangkitkan isu Mageran? Mahu alih isu?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam rakaman berdurasi sembilan minit, Marzuki menyuarakan bantahan terhadap penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) – sama seperti majlis yang memimpin negara pada 1969 hingga 1971 susulan tragedi 13 Mei.

Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian
Marzuki Mohamad

“Ada yang mencadangkan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Mageran yang mempunyai kuasa penuh mentadbir negara, sepertimana yang dilaksanakan semasa proklamasi darurat pada 1969 dulu.

“Keadaan yang kita hadapi pada masa ini jauh berbeza dengan situasi pada 1969. Pertamanya, kita tidak berdepan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan,” katanya

Kenyataan itu dibuat pada hari sama sejumlah pemimpin politik menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pertemuan semalam melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Ahmad Sabu. Muhyiddin juga sememangnya menghadap Yang di-Pertuan Agong setiap Rabu, sebelum mesyuarat Kabinet.

Pemimpin Pejuang dan Warisan dijangka berbuat demikian hari ini.

Puad mempersoalkan motif Marzuki memuat naik video tersebut, kerana menurutnya rakyat pada masa ini bukan mahukan pelaksanaannya tetapi penamatan darurat.

“Menurut Marzuki, darurat sekarang lebih baik daripada Mageran kerana kerajaan hanya laksanakan darurat keselamatan.

“Kalau darurat keselamatan, kenapa gantung Parlimen?

“Bahkan selepas lima bulan, angka kes Covid-19 terus meningkat dan tinggi. Jelas, darurat hari ini gagal,” katanya lagi. Mk

Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Cadangan penubuhan Mageran dan nasib Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker