[VIDEO] Macam aksi dalam filem motosikal elak lori terbakar
Oleh – Syeikh Baran
Rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal berjaya mengelak lori terbakar yang sedang bergerak laju ibarat aksi dalam filem tular di media sosial sejak siang tadi.
Rata-rata orang ramai yang menonton insiden sempat dirakam kamera papan pemuka dari sebuah kereta di lokasi kejadian teruja melihat kecekapan penunggang motosikal berkenaan.
Pengguna aplikasi X, Irfan Hadi berkata, penunggang motosikal tersebut ternyata mempunyai skil menunggang yang tinggi untuk mengelak daripada perkara buruk menimpanya.
“Alhamdulillah skill brader motor terer. Mungkin dia amalkan ayat,” katanya
“Bahaya gila lori tu, tapi abang motor ini steady,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbakar dalam nahas yang turut melibatkan tiga buah kereta di Kilometer 44.6 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah ke utara.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, sebelum kemalangan berlaku, lori tangki berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun dalam perjalanan dari Jasin, Melaka ke Klang, Selangor.
“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, lori tangki berkenaan gagal dikawal lalu terlanggar sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang dipandu di lorong kanan dan menyebabkan Proton Saga berkenaan berpusing dan melintang di tengah lebuh raya.
“Selepas itu, lori tangki telah melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan sehingga memasuki laluan arah bertentangan sebelum berhenti di lorong kecemasan dalam keadaan terbakar.
“Akibat daripada kemalangan ini menyebabkan serpihan kenderaan berterabur di atas lebuh raya dan menyebabkan dua lagi kereta iaitu kereta jenis Perodua Bezza dan Mazda CX3 yang dari arah bertentangan terlanggar serpihan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE
Related

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, motosikal rempuh lori sehingga terbakar
KEMAMAN: Seorang pegawai Jabatan Penerangan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit. Nahas berlaku di kilometer 15 Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh, berhampiran dengan Bukit Jemalang, di sini, pada Sabtu. Kemalangan kira-kira jam 12.00 tengah hari mengakibatkan mangsa Zoraimi Izan,…
In "KEMALANGAN"

Lelaki rentung, motosikal terbakar langgar lori
Lelaki rentung, motosikal terbakar langgar lori Seorang lelaki rentung selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam nahas dengan lori di hadapan sebuah stesen miyak di Changlun, Kedah, semalam. Ketua Polis Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan, berkata pihak polis menerima maklumat kemalangan membabitkan sebuah lori dengan sebuah motosikal itu pada 5.45 petang. “Penunggang…
In "BENCANA"

Maut diseret lori sebelum terbakar
Maut diseret lori sebelum terbakar MELAKA – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori sebelum diseret dan terbakar di persimpangan lampu isyarat Krubong Tampoi di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari…
In "BERITA"
You must be logged in to post a comment.