“Tukang Translate Pun Pening” – Lelaki Ini Gugup Ketika Di Temu Ramah Wartawan [VIDEO]

"Tukang Translate Pun Pening" - Lelaki Ini Gugup Ketika Di Temu Ramah Wartawan [VIDEO]

“Tukang Translate Pun Pening” – Lelaki Ini Gugup Ketika Di Temu Ramah Wartawan [VIDEO]

Sejak akhir-akhir ini pelbagai bencana alam yang dapat kita lihat, contohnya seperti banjir dan pokok tumbang

Baru-baru ini, berlaku kejadian pokok tumbang kerana hujan lebat di kawasan Muzium Negara Kuala Lumpur dan menyebabkan kerosakan sebuah kereta dan motosikal.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat lucu seorang saksi kejadian semasa di temu ramah oleh wartawan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saksi gementar masa di temu ramah, jawapan buat wartawan tidak faham

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wartawan diarahkan untuk turun di tempat kejadian membuat liputan berkenaan dengan kejadian terbabit.

Dia kemudian menemu ramah seorang saksi yang melihat kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan sebuah kereta dan sebuah motosikal. Bagaimanapun mangsa motosikal mengalami kecederaan ringan dan mangsa kereta selamat.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah selepas wartawan itu bertanyakan soalan kepada saksi tersebut yang juga adalah seorang pengawal keselamatan. Oleh kerana terlalu gementar, saksi itu dilihat memberikan jawapan yang sukar difahami membuatkan wartawan bingung dengan jawapannya.

“Auto tergelak, dia tak sambut salam lagi tu” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar jawapan yang diberikan oleh saksi tersebut.

Malah, ada juga yang tidak memahami apa sebenarnya saksi ingin sampaikan. Ada juga berpendapat mungkin dia terlalu nervous kerana masuk televisyen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 460.3K views, 31.1K likes dan 2,514 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker