Resepi sotong buncit jahat


Resepi sotong bakar buncit jahat

Sebenarnya, mungkin ramai tak tahu bahawa cara membuat Sotong Buncit Jahat ini tidak begitu sukar. Anda tak perlu bersusah payah membelinya di kedai lagi. Buat saja kat rumah.

Memang puas hati kalau kita buat sendiri. Kalau diluar tu, agak mahal kalau makanan seafood ni. Ikut cita rasa masing-masing, sotong belilah yang besar saiz badannya.

Bahan-bahannya : Resepi sotong bakar buncit jahat

4 ekor sotong
Isi
5 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sdt lada hitam
1/2 sdt lada putih
1 tangkai daun sup
1 sdt cukup rasa
Pes percik

Cara

Bersihkan sotong
👉tumbuk lada hitam dan putih
👉Potong dadu bawang besar dan bawang putih
👉Tumis dengan minyak yang sedikit
👉masukkan telur
👉Daun sup
👉 Cukup rasa
Kacau hancur sampai masak
👉sumbatkan telur hancur ke dalam perut sotong hingga penuh buncit
👉 Semat dengan lidi bersama kepala sotong
👉bakar atas non stick pan hingga air sotong kering

Bahan Sos :

Cili kering,
Sebiji bawang besar,
Seulas bawang putih,
Halia sebesar ibu jari,
Gula ,
Garam,
Serbuk perasa,
Limau.

Cara – cara :

Blend halus bahan sos dan tumis bahan sos dengan sedikit minyak sampai pecah minyak. Sos bakar mestilah ada rasa manis, masin dan masam.
Sentiasa kacau sampai pekat semasa menumis.
Jika sudah pekat, tuang ke atas sotong yang sudah di bakar tadi.
Siap.

*Jangan lupa beli sotong yang fresh agar rasanya lebih lazat.

Resepi sotong buncit jahat


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Resepi Mee Sanggul Goreng Basah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker