Selangor pertimbang jual baki vaksin kepada negara luar

SHAH ALAM- Kerajaan negeri mempertimbangkan penjualan baki vaksin Covid-19 kepada negara luar setelah selesai semua program Selangor Vaksin (SelVax) dilaksanakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan mengutamakan keperluan rakyat Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanakan rancangan itu.

Katanya, sebanyak 537,045 dos vaksin yang belum terjual setakat 1 November lalu dalam program tersebut daripada 750,000 dos yang telah diperuntukkan sebelum ini.



“Apabila semua program SelVax selesai dan melihat situasi pandemik Covid-19 di negara ini, baharu kita pertimbang untuk jual vaksin kepada negara lain.

“Bagaimanapun, kita akan cuba habiskan semua vaksin yang sedia ada dalam tempoh setahun ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Rajiv Rishyakaran (PH-Bukit Gasing) mengenai tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menghabiskan jumlah dos vaksin yang disediakan dalam program SelVax Industri.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, baki dos vaksin dalam program SelVax Komuniti akan digunakan dalam program SelVax Booster yang bermula hari ini.



“Saya telah mendapat maklumat bahawa program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Selangor, dengan mereka telah pergi ke klinik Selcare bagi mendapatkan dos penggalak,” jelasnya

Selangor pertimbang jual baki vaksin kepada negara luar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saya bersumpah atas nama Allah – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker