Kalau vaksin lain boleh digunakan di negara maju, guna sajalah – Mahathir
Kalau vaksin lain boleh digunakan di negara maju, guna sajalah – Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya segera menggunakan vaksin yang sudah digunakan di negara maju, tanpa perlu membuang masa mengkaji terlalu lama untuk meluluskannya.
Bekas Perdana Menteri berkata, usaha untuk menggandakan kadar vaksinasi kepada masyarakat perlu dipergiat untuk membebaskan negara daripada jangkitan Covid-19.
“Tak perlu kita nak buat ujian lain supaya kita dapat tentukan soal itu soal ini, kalau ia (vaksin) boleh digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain, guna sajalah.
“Kita dapati tiada satu pun laporan kes kematian di UK ketika ini kerana mereka berjaya menjalankan kempen yang begitu agresif untuk menyuntik seberapa ramai rakyatnya. Belum 80% pun sudah ada kesan,” katanya dalam rakaman video.
Ketika ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya meluluskan tiga jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.
Bagaimanapun, vaksin Sputnik V, CanSino dan Johnson & Johnson yang sudah digunakan secara meluas di negara serantau masih menjalani penilaian oleh NPRA.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi membidas pengumuman “total lockdown” oleh kerajaan Muhyiddin Yassin kerana jalan raya masih lagi sesak walaupun perintah kawalan pergerakan itu dilaksanakan pada 1 Jun.
“Nampaknya tak ‘total’ pun, ramai orang boleh pergi kerja, banyak kereta lalu-lalang atas jalan. Bermakna ada pengecualian untuk orang itu orang ini.
“Kita dapati mereka (kerajaan) umum ‘lockdown’, janganlah cakap ‘total’, cakap sajalah ‘partial (sebahagian)’, beritahu perkara sebenar,” katanya. FMT
Kalau vaksin lain boleh digunakan di negara maju, guna sajalah – Mahathir
Baca Artikel Menarik
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
You must be logged in to post a comment.