Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan

Saya tidak mahu berkata apa-apa berhubung kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa wawancara dengan majalah Time bahawa beliau tidak menolak PAS menyertai kerajaan perpaduan jika syarat dasar diterima.

Bagaimanapun, seseorang menulis surat di Malaysiakini mengatakan ini bukanlah satu cadangan baru kerana saya telah mengemukakannya pada Mei lalu, ketika saya mengaku saya telah “terjatuh ke dalam ranah hipokrisi dan putus asa, mengorbankan prinsip demi kestabilan yang bersifat di permukaan.”

Namun ia sebenarnya tidaklah begitu.



Dalam kenyataan saya pada 29 Mei 2023, saya menyebut bahawa saya secara peribadi menyokong idea PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan Anwar walaupun saya tidak membincangkannya dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke atau mana-mana pemimpin DAP yang lain, tetapi PAS mesti menunjukkan perubahan sikap untuk menunjukkan bahawa ia menyokong titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia

Sebagai permulaan, saya bertanya, adakah (Abdul) Hadi bersedia untuk menarik balik dan memohon maaf atas pelbagai tuduhan liar dan tidak masuk akal yang dia buat terhadap saya dan DAP?

Kedua, adakah ahli parlimen PAS akan menunjukkan bahawa mereka akan berhenti mempermainkan isu perkauman dan agama dan menjadi ahli parlimen contoh yang menyokong kestabilan politik dan perpaduan negara?

Ketiga, adakah PAS akan menyokong objektif untuk menjadikan Malaysia contoh teladan kepada dunia untuk mengadakan dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan peradaban?



Keputusan enam pilihan raya negeri dan dua PRK Pulai dan Simpang Jeram di Johor serta PRK Pelangai di Pahang telah menstabilkan keadaan politik Malaysia untuk empat tahun akan datang serta memberi harapan agar Malaysia dapat bangkit semula sebagai sebuah negara bertaraf dunia yang hebat.


LIM KIT SIANG ialah veteran DAP dan bekas ahli parlimen Iskandar Puteri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker