Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya

Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya

Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya

Kafarah, sering masyarakat melihat ia sebagai balasan mahupun hukuman Allah ke atas setiap hamba-hamba-Nya yang berdosa disebabkan perbuatan mereka melanggar syariat Allah.

Malah ada yang beranggapan, kafarah adalah tanda ‘marahnya’ Allah kepada umat-Nya yang menderhaka di atas setiap perintah-Nya. Ringkasnya, kafarah adalah balasan Allah untuk manusia yang enggan dan ingkar akan suruhan-Nya.

Malah ada anggapan, dalam Islam, sesiapa yang melanggar sesuatu yang disyariatkan maka kafarah ke atasnya adalah satu kewajiban.

Menurut ulama terkemuka, Wahbah az-Zuhaili, kafarah hanya terbatas pada pelanggaran ketentuan syariat yang bersangkut paut dengan empat perkara iaitu berjimak (bersetubuh) pada siang hari di bulan Ramadan, melanggar sumpah, membunuh orang dengan tidak sengaja serta melakukan zihar (menyerupakan istri dengan ibu).

Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya
Berjimak suami isteri 

Berjimak suami isteri di bulan Ramadan pada siang hari dikenakan kafarah.

Kesemua ini jika diperhatikan melibatkan pelanggaran syariat Islam yang telah ditentukan. Tidak terkecuali ada juga kafarah untuk amalan haji juga kafarah ghibbah (mengumpat).

Apa pun kafarah dalam konteks yang lebih luas, ia bukan sahaja berbentuk hukuman sebaliknya sebagai satu kaedah penghapusan dosa.

Menurut Pensayarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Rushdi Ramli, kafarah dari segi bahasa adalah menghapuskan dosa iaitu menghapuskan kesan buruk dari dosa yang dilakukan dan bukannya balasan atas dosa yang dilakukan.

Sebagai manusia yang tidak maksum iaitu suci dari dosa, sudah tentu ada jalan bagaimana dosa itu boleh dihapuskan.

Bersesuaian dengan sifat kasih sayang Allah dan sifat Allah yang Maha Pengampun dan Pengasih, maka kafarah yang ditetapkan mahupun yang diberikan Allah kepada umat manusia adalah kaedah bagaimana seseorang itu boleh ‘terhapus’ dari dosa yang boleh menghancurkan kehidupan manusia.

Penghapusan dosa

Ada banyak cara penghapusan dosa boleh dilakukan. Antaranya melalui amalan ibadah. Contohnya, mengamalkan solat sunat dua rakaat selepas mengambil wuduk boleh menghapuskan dosa.

Selain itu penghapusan dosa juga boleh dilakukan dengan beristighfar, bertaubat, dan memperbanyakan zikir dan berdoa.

Manakala kaedah penghapusan dosa selain yang disebutkan ialah dalam bentuk kafarah. Kafarah ujar Dr. Rushdi ada bersifat wajib dan ada yang sunat. Kerana itu apabila membincangkan maksud kafarah dari segi istilahnya, ia merujuk pada maksud, amalan yang disyariatkan oleh Allah yang bertujuan menghapuskan dosa yang berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan.

Para ulama menjelaskan, amalan-amalan yang disyariatkan oleh Allah untuk menebus dosa yang dilakukan, tidak lagi dihukum oleh Allah samada di dunia mahupun akhirat.

Lantas kafarah dilihat sebagai tanda rahmat Allah kerana ada kesalahan yang mungkin tidak ada penghapusan dosa yang ditentukan secara langsung.

Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya
Kesakitan dan kesengsaraan yang kita alami bukanlah semestinya kafarah dari Allah

Misalnya seorang suami yang menampar isterinya, tiada kafarah secara langsung yang ditetapkan seperti memberi makan 10 orang miskin dan sebagainya. Sebaliknya perbuatan dosa itu akan diberikan dalam balasan secara tidak langsung.

Dan apabila seseorang itu menerima apa jua musibah atau ujian daripada Allah, maka sebagai kafarahnya atau penebus dosanya ialah dengan beristighfar iaitu memohon keampunan kepada Allah.

Kafarah seperti hudud?

Kafarah serupa dengan hukum hakam hudud yang disyariatkan dalam Islam. Ia sebagai tanda rahmat Allah kerana bila dilaksanakan kafarah tersebut, maka seseorang itu akan diampunkan oleh Allah di atas kelemahan yang ada.

Dalam hudud misalnya, penzina lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, dikenakan hukuman 100 kali sebatan. Justeru dengan sebab hukuman itu, ulama berkata, ia adalah kafarah (penebus dosa) terhadap perbuatan maksiat yang dilakukan.

Apa pun di sebalik kafarah Allah, kunci penghapus dosa yang paling utama ialah sabar. Firman Allah surah al-Baqarah: 155,

“Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar.”

Bercerita tentang ujian dan musibah yang dianggap sebagai kafarah (penghapus dosa), ia wujud dalam pelbagai bentuk. Firman Allah surah al-Baqarah: 155-157 menjelaskan,

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dari Rabb-nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Ibnu Katsir ketika menjelaskan ayat tersebut menyatakan, terkadang Allah memberi ujian berupa kebahagiaan, terkadang ujian berupa kesusahan, seperti rasa takut dan kelaparan, sebagaimana firman Allah surah An-Nahl: 112

“… Oleh kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka selalu mereka perbuat.”

Perlu dingatkan, kafarah Allah tidak hanya didatangkan dalam bentuk musibah dan ujian-ujian kesakitan, kesusahan atau kehilangan orang mahupun harta benda, sebaliknya kafarah itu juga datang dalam bentuk nikmat dan kesenangan.

Ahli tasawuf melihat, ujian berupa nikmat adalah ujian yang paling besar kerana sifat manusia selalunya akan tewas dengan kuasa dan populariti.

Bahkan Nabi s.a.w pernah bersabda,

“Demi Allah. Bukanlah atau kerana kemiskinan yang aku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” – HR Bukhari

Justeru itu berhati-hatilah dengan nikmat dan kesenangan dunia. Barangkali itu bukan kerana ganjaran kebaikan melainkan kafarah atas dosa yang kita lakukan. Dengan syarat kita tidak leka dengan nikmat kesenangan yang diberikan. Wallahu a’lam utv

Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker