COVID-19: ‘Sudah berlaku penularan meluas ‘varian of concern’ di setiap negeri’ – Noor Hisham
Virus COVID-19 jenis ‘Variant of Concern’ telah dikesan di setiap negeri di Malaysia terutamanya varian B.1.351 atau varian Afrika Selatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran besar kemungkinan sudah berlaku penularan meluas dalam komuniti bagi sekurang-kurangnya satu jenis VOC di semua negeri.
Ini susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak 119 kes COVID-19 yang dikategorikan sebagai ‘Variant of Concern’ (VOC) dan Variant Of Interest (VOI).
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, manakala 104 kes merupakan varian VOC dan selebihnya adalah VOI.
“Antara VOC dilaporkan adalah 89 kes varian B.1.351, sembilan kes varian B.1.1.17, enam kes varian B.1.617.
“Manakala varian VOI pula sebanyak 12 kes varian P.3 dan tiga kes varian B.1.525,” jelasnya dalam satu kenyataan, pada malam Isnin.
Mengulas lanjut Hisham berkata, memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap individu.
“Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ia akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19,” jelasnya.
Varian kacukan UK – India dikesan, lebih bahaya – Dr Noor Hisham
Justeru, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.
Selain pelaksanaan total lockdown yang bermula pada 1 Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) juga akan terus dilaksanakan bagi kawasan-kawasan dengan pelaporan kes yang tinggi.
“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke lokaliti-lokaliti lain.
“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dilaksanakan secara bersasar dalam kalangan komuniti yang terlibat,” tambahnya.
Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah sepanjang masa.
Dr. Noor Hisham mengingatkan sekiranya terpaksa keluar atas urusan penting, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungilah diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM.
“Tempoh masa dua (2) minggu ini adalah amat kritikal bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia dan ianya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat.
“Semoga dengan segala usaha yang dijalankan dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 di negara kita dan memastikan kelestarian sistem penjagaan kesihatan yang baik di Malaysia,” katanya.
75 peratus kes baharu COVID-19 UK adalah varian India
dikatakan mereka yang telah divaksin boleh dijangkiti(termasuk variant dari india atau afrika selatan) tanpa disedari kerana ada diantara mereka ini tidak mengalami sebarang gejala seperti demam biasa apatah lagi gejala yang serius sepertimana dialami pesakit covid19 yang belum divaksin
setakat ini tiada mana2 pakar kesihatan baik dalam negara mahupun luar negara berani berkata golongan yang telah divaksin & dijangkiti ini tergolong juga sebagai pembawa virus covid19…mereka ini juga tergolong sebagai ‘super spreader’ jika mempunyai variant covid19 dari india atau afrika selatan
terlajak bijak bagaikan mempunyai akal sendiri virus covid19 ini,…demi untuk ‘survival'(kelangsungan hidup), virus covid19 ini boleh hidup dalam diri manusia yang telah divaksin, ianya sudah tentu menunggu masa untuk dihembus & masuk dalam diri manusia yang belum divaksin & tidak berhati-hati
jika kekal(tidak dihembus keluar) berada dalam diri manusiia yang telah divaksin ini, virus covid19 ini akan mati secara perlahan-lahan kesan dari vaksin yang diambil(disuntik)…demi ‘survival’ juga, virus covid19 ini tidak boleh kita kata ianya tidak menggunakan akal juga untuk cuba menggoda manusia yang telah divaksin & dijangkiti ini supaya menjangkiti manusia lain
oleh itu jika ada orang berkata dirinya telah divaksin maka anda harus tetap menjauhi & mengekalkan penjarakkan selamat…janganlah anda gatal bersalaman pula dengan dia dengan membuka mask sebab nak cium dia memandangkan anda adalah isteri & dia adalah suami yang berbulan-bulan anda tak dapat jumpa