51 kluster tercetus akibat rentas negeri, 26 babitkan perayaan Aidilfitri



Sebaran :

51 kluster tercetus akibat rentas negeri, 26 babitkan perayaan Aidilfitri

51 kluster tercetus akibat rentas negeri, 26 babitkan perayaan Aidilfitri

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sejak 7 Dis 2020 sebanyak 51 kluster tercetus membabitkan rentas negeri dengan 6,468 individu dilapor positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu tercetus selepas kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara pada ketika itu.



“Bagaimanapun, larangan ini mula dikuatkuasakan semula sejak 10 Mei 2021 berikutan keadaan pandemik yang semakin meruncing.

“Kluster-kluster rentas negeri adalah termasuk yang berpunca dari kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata daripada jumlah itu sejak 1 April hingga 28 April sahaja 20 kluster rentas negeri terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan.



“Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan kluster (40%), Terengganu dengan tiga kluster (15%) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua kluster (10%).

“Pada masa sama, negara juga menghadapi cabaran kluster komuniti terutamanya subkluster perayaan. Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Kluster sambutan perayaan Aidilfitri

Menurutnya, daripada 26 kluster sambutan perayaan Aidilfitri, seramai 1,019 individu dikesan positif selepas 4,047 disaring.



“Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, dua kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan subkluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh kluster (26.9%), Kelantan lima kluster (19.2%) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing dengan dua kluster (7.7%),” katanya.

Noor Hisham berkata pihaknya menjangka bilangan kes dan bilangan kluster-kluster hari raya akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah.



“Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru Covid-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut.

“Melihat situasi seperti di atas, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi.

“Begitu juga bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berpanjangan sehingga satu bulan.



“Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian. Sayangilah diri dan keluarga kita, serta lindungilah warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus yang menyebabkan Covid-19,” katanya. FMT

51 kluster tercetus akibat rentas negeri, 26 babitkan perayaan Aidilfitri


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




 

Ahli politik tidak seharusnya dibenar rentas negeri – Pakar Kesihatan Awam


Sebaran :


Leave a Reply