DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad untuk kenderaan

DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad untuk kenderaan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR, untuk kegunaan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 Sept.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata cadangan itu bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota dan DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikan.

“Kami hendak tutup Jalan TAR dari simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam untuk rakyat membudayakan amalan berjalan kaki,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan usaha menaik taraf infrastruktur pejalan kaki di Kuala Lumpur dan pembudayaan amalan berjalan kaki dalam kalangan warga kota.

Jaluluddin berkata pelbagai program pengisian turut dirancang untuk dilaksanakan sepanjang penutupan jalan itu termasuk persembahan pemuzik jalanan (buskers), persembahan seni kreatif serta program sukan tradisional.

Selain itu, beliau berkata DBKL juga sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan perkara yang sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang.

Berkenaan projek menaik taraf infrastruktur laluan pejalan kaki, Jalaluddin berkata 23 kawasan dikenal pasti sebagai berpotensi untuk dinaik taraf.

“Projek tersebut dirancang supaya ia mempunyai satu jaringan yang lengkap dan apabila ia siap kelak akan memberikan imej baharu atau penjenamaan semula kepada kawasan yang terlibat dan secara tidak langsung boleh dijadikan tarikan pelancongan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkenaan langkah diambil DBKL untuk menjamin keselamatan pejalan kaki, Jalaluddin berkata kira-kira 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di seluruh bandar raya dengan 2,062 daripadanya tertumpu kepada laluan pejalan kaki, selain 250 petugas penguat kuasa menjalankan rondaan dari semasa ke semasa.

“Jangan risau, keselamatan anda dijamin. Galakkanlah amalan berjalan kaki,” katanya. Utv

DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad untuk kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker