Doktor Berjaya Selamatkan Lipas Hampir Mati Kerana DiPijak

Seorang doktor haiwan berjaya menyelamatkan seekor lipas yang hampir mati akibat dipijak dengan cara memasukkan serangga itu ke dalam sebuah peti oksigen, lapor portal The Smart Local hari ini.

Doktor tersebut, Thanu Limppannawanich didatangi seorang lelaki di pejabatnya baru-baru ini yang mendakwa dia terpijak haiwan tersebut dan memintanya menyelamatkan lipas itu.



Meskipun masih mampu bergerak, Thanu meramalkan serangga itu hanya mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup.

Bagaimanapun, dia yang kurang berkemahiran dalam anatomi lipas menghadapi kesukaran kerana kulit luar serangga itu yang keras menyebabkannya sukar untuk disuntik dengan sebarang ubat.

Disebabkan itu, Thanu meletakkan lipas tersebut di dalam sebuah peti oksigen sebagai usaha untuk menyelamatkan haiwan itu.

Ternyata, usahanya berjaya apabila keesokan harinya dia mendapati lipas tersebut menunjukkan tanda-tanda kembali sihat sebelum ia dilepaskan semula dan bebas bergerak. – AGENSI



Sumber: Mathichon

[VIDEO] Ruhainies Kenakan Kakak Guna Kek Birthday Bentuk Lipas Gergasi!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker