Covid-19 : 9,020 kes baru – pecah rekod lagi

Sebaran :


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 9,020 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini sebanyak 558,534 kes.

Ia merupakan jumlah kes baru tertinggi buat hari kelima berturut-turut.

Susulan peningkatan mutakhir ini, kerajaan akhirnya setuju untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial – atau ‘total lockdown’ – yang akan berkuat kuasa Selasa ini.



Kerajaan sebelum ini dilihat keberatan untuk berbuat demikian.

Hari ini Selangor mencatatkan 2,836 kes baru – angka tertinggi sejak gelombang ketiga melanda kembali pada pertengahan April lalu.

Kelantan juga mencatatkan jumlah kes baru tertinggi dengan 907 kes. Begitu juga dengan Labuan yang turut mencatatkan rekod 253 kes.


Berikut jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor – 2,836
Kelantan – 907
Negeri Sembilan – 898
Kuala Lumpur – 789
Sarawak – 726
Johor – 468
Kedah – 468
Pulau Pinang – 345
Melaka – 340
Labuan – 253
Perak – 272
Sabah – 265
Pahang – 216
Terengganu – 189
Putrajaya – 29
Perlis – 19

Berita lanjut menyusul


Sebaran :

Leave a Reply