Penyanyi Asal Milli Vanilli Meninggal Dunia Akibat COVID-19
JOHN DAVIS yang juga salah seorang penyanyi yang menyumbangkan suara dalam lagu-lagu kumpulan pop masyhur sekitar penghujung 1980an, Milli Vanilli dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.
Menurut laporan The New York Post, berita kematian Davis dikongsi anaknya, Jasmin di akaun Facebook miliknya pada Isnin.
Sumber Facebook john.davis.louis
Penyanyi kumpulan Milli Vanilli yang dilakonkan oleh Rob Pilatus dan Fabrice Morvan mula diperkenalkan pada 1988 di Eropah sebelum mengulungi carta di Amerika Syarikat setahun kemudian dengan album ‘Girl You Know It’s True‘.
Sebanyak 11 juta album tersebut terjual sehingga mereka berjaya memenangi anugerah Grammy pada 1990.
Nama Davis dan beberapa penyanyi lain yang ‘meminjam suara’ mereka dalam album ‘Girl You Know It’s True’ hanya disenaraikan sebagai penyanyi latar dalam kulit album berkenaan.
Bagaimanapun, rahsia Pilatus dan Morvan menggunakan suara orang lain semasa rakaman album terdedah kepada umum apabila rakaman rosak dimainkan secara tidak sengaja semasa mereka mengadakan konsert pada tahun yang sama.
R.I.P BROTHER @JohnDavisRMV
CAN’T BELIEVE IT, THANKS FOR ALL THE LOVE YOU’VE SPREAD THROUGH OUT THE YEARS, FROM THE EDGE OF THE STAGE. YOU AND I HAD A GREAT RUN, IT WAS FUN TO CELEBRATE LIFE WITH THE HELP OF MUSIC. PEACE ONE LOVE
YOUR VOICE WILL LIVE ON. PLAY IT LOUD EVERYBODY. pic.twitter.com/tlvSEiYoS4— Fab Morvan (@fabmorvan) May 24, 2021
Susulan kejadian itu, anugerah yang diraih Pilatus dan Morvan telah ditarik balik.
Usaha penerbit kumpulan tersebut, Frank Farian untuk kembali ke dunia hiburan menerusi ‘The Real Milli Vanilli’ yang memaparkan penyanyi sebenar, Davis dan Brad Howell, tidak berjaya.
Album mereka ‘The Moment of Truth‘ tidak dapat tandingi kejayaan yang dicapai Pilatus dan Morgan.
You must be logged in to post a comment.