[VIDEO] Nur Kasih Dikatakan Telah Stabil

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kenderan ketika melintas jalan secara melulu di Jalan Kampung Delek Kanan, kelmarin kini dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan seorang lelaki dipercayai bapa saudaranya menerusi laman Insta Story dengan nama ashreenshahran yang berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan anak buahnya, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan.

“Keadaan anak buah saya sudah sedar tetapi doktor terpaksa bagi dia tidur supaya tidak meragam ketika sedar. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Jasa baik anda, Allah sahaja yang boleh membalasnya,” katanya.

Berdasarkan perkongsian itu, lelaki tersebut turut bersedih terhadap kemalangan yang menimpa Nur Kasih dengan ramai individu mengambil berat terhadap keadaan anak buahnya itu.

“Kesian awak sayang, bila sedar mengadu, menangis sebab kesakitan yang awak tanggung. Harap awak kuat sayang, kami semua sentiasa mendoakan awak,” ujarnya.

Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa tiada pergaduhan antara keluarga mangsa dan pemandu kereta jenis Perodua Kembara dipandu kerani wanita berusia 21 tahun tersebut.

Tambahnya, pemandu tersebut juga tidak mengalami sebarang kecederaan serta telah membuat laporan polis susulan kemalangan tersebut.

“Minta jasa baik anda semua jangan buat andaian yang boleh menimbulkan fitnah,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang kanak- kanak perempuan berusia lima tahun parah selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan secara melulu di Jalan Kampung Delek Kanan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang, Nur Kasih berusia lima tahun cedera di limpa dan usus dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit memaparkan detik-detik kemalangan itu. -K!ONLINE

[VIDEO] Lelaki maut, tiga parah kemalangan 4 kenderaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker