‘Durian Kimchi’ Rayu Jangan Fitnah Anak Dalam Kandungan Dengan Kontroversi “Anak Saya Bukan Haram”
Kontroversi personaliti media sosial terkenal, Ryzal ‘Durian Kimchi’ masih hangat diperkatakan biarpun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka termasuklah dari isterinya, Maryam.
Kecaman Melampau!
Ada sahaja kecaman yang terus dilemparkan buat pasangan suami isteri ini malah bayi di dalam kandungan Maryam turut terpalit dengan isu ini. Menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram, mereka merayu untuk tidak memfitnah bakal anak mereka dengan pelbagai tohmahan tidak berasas.
Bukan Anak Haram
Lebih menyedihkan, Maryam turut menjelaskan bahawa anak yang dikandungnya itu bukannya ‘anak haram’ dan sekali lagi ingin memohon maaf atas apa yang terjadi. Bagaimanapun, Maryam mengharapkan mereka yang terbabit akan berubah fikiran dan akan cuba memaafkannya.
“Dia (Ryzal) asyik membuat permohonan maaf secara seikhlas hati sebanyak mana yang boleh.Dia meminta maaf bukan kerana dia mengharapkan orang ramai akan menerimanya. Dia melakukannya kerana ini merupakan langkah pertama untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama”
“Dia tidak membenarkan saya selesaikan isu ini. Saya tidak malu dengannya, dia boleh jadi seorang yang lebih baik. Dia sedang menunjukkannya sekarang”
“Tolong jangan lagi bercakap buruk mengenai anak saya.Anak saya bukan haram dan tolong jangan serang keluarga saya..Tolong”
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan kami” tulis Maryam
Dalam pada itu, Ryzal di laman Instagram nya turut memohon perkara yang sama dan meminta jangan melibatkan isteri dan bakal anak mereka yang tidak bersalah. Jelasnya dia akan membuat satu lagi permohonan maaf secara terbuka secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung kelak.
Terdahulu, gara-gara bergurau mengenai pakaian etnik Iban, Ryzal teruk dikecam di media sosial. Ia berikutan Ryzal telah menganggap pakaian Iban yang dipakai oleh isterinya tidak cantik selain menyamakannya seperti kain buruk dan alas meja sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya mereka yang berasal daripada Sarawak.-Murai
You must be logged in to post a comment.