Malaysia berisiko jadi kerajaan minoriti

Malaysia berisiko jadi kerajaan minoriti

Malaysia berisiko menjadi kerajaan minoriti jika blok parti sedia ada gagal mewujudkan gabungan bagi membentuk kerajaan.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata ketika ini kerajaan gabungan adalah cara terbaik mewujudkan kerajaan kerana tidak timbul isu di mana Ahli Parlimen secara individu menyokong blok parti lain.



Bagaimanapun katanya, jika ia tidak berlaku, maka pada dasarnya tidak dapat wujud satu kerajaan majoriti.

“Cuma dalam konteks ini adakah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan melantik seorang Perdana Menteri untuk mewujudkan satu kerajaan minoriti.

“Ini kerana kerajaan minoriti sebenarnya tidak teguh kerana ia perlu mengharapkan sokongan daripada parti lain sebagai contoh dalam isu Bajet atau untuk meluluskan sebarang Rang Undang-Undang (RUU).

“Ini risikonya dan ia akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan nanti,” katanya kepada BH, hari ini.



Bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal berkata, terdapat alternatif lain dan dengan keadaan sekarang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) cuba dapatkan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, difahamkan ketika ini PN sudah mendapat majoriti lebih 112 Ahli Parlimen, manakala PH juga sedang berusaha mendapat sokongan daripada PN.

“Jika PN memang sudah ada majoriti dengan surat akuan (SD) yang mencukupi, saya pasti akan dapat buat kesimpulan Yang di-Pertuan Agong akan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin jika SD sudah cukup.

“Kerana apa yang difikirkan Yang di-Pertuan Agong adalah siapa yang dapat jumlah majoriti dan majoriti ini dalam konteks Ahli Parlimen bukan dalam konteks kerajaan campuran berdasarkan blok politik.



“Namun pada dasarnya, Yang di-Pertuan Agong akan melihat dari blok PH berapa banyak yang sokong dan PN berapa banyak,” katanya.

Beliau berkata, jika PN memaklumkan sudah cukup SD yang diperoleh, pasti Yang di-Pertuan Agong mahu melihat SD yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen terbabit adakah cukup atau lebih 112 dan dari situ pula tidak timbul masalah atau persoalan cukup atau tidak 112.

“Terdapat kemungkinan jadi kerajaan minoriti jika Yang di-Pertuan Agong tidak berpuas hati sudah cukup 112 untuk sesuatu blok politik.

“Jika baginda titah ia tidak mencukupi, jadi untuk pastikan bahawa kerajaan minoriti ditubuhkan maka Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa parti yang ada sokongan paling banyak.



“Jika PH ada 82 kerusi dikatakan paling banyak dan baginda boleh tubuhkan kerajaan minoriti berdasarkan Perdana Menteri dari PH.

“Tetapi saya pasti Yang di-Pertuan Agong akan ambil kira kerajaan minoriti yang tidak stabil dan sebab itu baginda ada alternatif lain iaitu apa yang baginda lakukan pada Februari 2020 dan 2021 lalu iaitu memanggil setiap Ahli Parlimen menghadap dan serahkan SD melalui Speaker Dewan Rakyat.

“Jadi dari situ baginda dapat lihat berapa banyak angka Ahli Parlimen yang menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Ini sekali gus dapat mengelakkan Ahli Parlimen bergantung pada parti yang mereka anggotai sekarang,” katanya.



Nik Ahmad Kamal berkata, ia bersesuaian mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang di-Pertuan Agong memilih seorang Perdana Menteri dari seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat tidak dikatakan blok politik tetapi individu.

Dalam konteks itu katanya, individu yang menentukan seseorang yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada bolehkah individu terdiri daripada Ahli Parlimen menyokong Ahli Parlimen pilihan sendiri sebagai Perdana Menteri, boleh dipecat daripada parti beliau berkata, ia memang boleh dikenakan tindakan.

Katanya, ia adalah kuasa parti dan seperti dimaklumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen BN sudah menandatangani SD dengan parti yang mereka perlu mengikut parti.



“Oleh itu jika ahli BN ingkar dengan mengikut pandangan mereka sendiri dan menyokong parti lain maka dengan sendiri boleh dibawa tindakan disiplin.

“Tetapi jika ahli dipecat kerana melanggar kehendak parti, maka ia tidak tergolong dalam konteks Akta Lompat Parti.

“Jadi dia bebas sebagai ahli dan boleh masuk ke parti lain sebab dia dipecat dari parti dan dikecualikan daripada konteks Akta atau Undang-Undang Lompat Parti,” katanya.

PRU15 Sabtu lalu yang berakhir dengan Parlimen tergantung, dijangka menemui penyelesaian sebentar lagi. BH

Malaysia berisiko jadi kerajaan minoriti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker