Resepi Daging Bakar Danok Ori


Resepi Daging Bakar Danok Ori

Bercakap tentang daging, pelbagai cara dan resepi enak daging yang pastinya anda pernah lihat. Akan tetapi, pernahkan anda mencuba daging bakar Danok?

Pastinya perapan daging untuk daging bakar Danok ini berbeza dengan perapan daging yang sedia ada. Jom kita cuba resepi Nadia Sukiran MK telah berkongsi resepi terbaik daging bakar Danok. Sekarang ni memang tak boleh nak rentas negeri ke negara ke, jadi jom kita cuba buat kat rumah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Daging
2. Bawang putih
3. Lada hitam
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Garam
7. Gula
8. Cili api hijau dan merah
9. Sos ikan
10. Daun ketumbar
11. Air limau nipis

Cara-cara membuatnya:

1. Potongkan beberapa daging dan perapkan bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada hitam, sos tiram, dan sedikit kicap, garam dan gula.

2. Selepas daging diperap, bakarkan daging atas pan dan setelah dibakar potong daging kepada kepingan daging.

3. Kemudian, sediakan sos thai pula dengan masukkan 7 ulas bawang putih, 5 cili api merah dan hijau dan tumbuk halus bahan-bahan ini.

4. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu sos tiram dan 3 atau 4 sudu sos ikan.

5. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu limau nipis, disusuli dengan 2 sudu gula dan secubit garam.

6. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang digunting halus dan kacau kesemua bahan tersebut dan siap.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda lagi untuk masak di dapur. Selamat mencuba resepi ini yang pastinya sedap dan mudah untuk dilakukan.

Resepi Daging Masak Hitam Sempoi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker