LRT bertembung: Enam masih parah, 15 separa parah, 43 tidak kritikal – Annuar Musa
Seramai 64 daripada 213 penumpang yang terlibat dalam insiden pelanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada Isnin.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan kemas kini tersebut di dalam ciapan Twitter, pada awal pagi Selasa.
Terima Kaseh Pgh dan semua petugas Jab Kecemasan HKL yg bertungkus lumus sehingga jam 1.38pagi..Sejumlah 64 orang mangsa kemalangan di bawa ke HKL.
This is the latest update
1) Critical: 6 of which 3 were
intubated
2) semi-Critical: 15
3) Non-Critically: 43
SAYA UCAP T KASEH— Annuar Musa (@AnnuarMusa) May 24, 2021
Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kecemasan HKL yang bertungkus-lumus merawat mangsa yang cedera sehingga jam 1.38 pagi tadi.
Terdahulu, dua buah tren LRT terbabit kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru dengan salah satu yang terlibat membawa 213 penumpang.
Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang dipercayai mengalami masalah teknikal.
[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
You must be logged in to post a comment.