Kemalangan LRT, 6 penumpang di ICU, 3 perlu ventilator


ENAM penumpang transit aliran ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan di ibu negara malam tadi disahkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengerusi Parasaran Berhad, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, malah tiga daripadanya kini memerlukan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Semuanya ada 47 penumpang dimasukkan ke HKL akibat kejadian kemalangan malam tadi.

“Enam kritikal dengan tiga daripadanya kini memerlukan ventilator di ICU.

“Yang lain ada semi kritikal dan sebagainya tetapi enam itu memang serius,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengenai punca kejadian sama ada teknikal mahu pun komunikasi, beliau berkata, buat masa ini semua pihak diminta menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

“Saya tak boleh beritahu anda sekarang. Amat bahaya untuk buat spekulasi. Boleh jadi salah.

“Laporan telah dimaklumkan, menteri pun dah bagitahu yang dua minggu diperlukan untuk siasatan,” tegasnya.

KSU ketuai pasukan petugas khas siasat kemalangan LRT – Menteri Pengangkutan

Katanya, pada masa sama prosedur operasi standard (SOP) jumlah penumpang dalam tren berkenaan juga dipatuhi.

Katanya, maksium penumpang adalah 800 tetapi yang berada di dalamnya tidak pun sampai separuh.

Tajuddin dalam sidang akhbar itu turut mengumumkan bantuan RM1,000 kepada kesemua 213 penumpang.

“Tanpa mengira tahap kecederaan, semua akan dapat. Bagi mereka yang dimasukkan dalam wad, kos rawatan dan susulan mereka akan menerima sokongan Prasarana Malaysia.

“Yang hilang pendapatan kerana kejadian ini, kita amat prihatin dengan kes seperti ini. Kita juga akan bantu untuk kelangsungan hidup mereka berdasarkan hari yang munasabah sementara mereka boleh bekerja semula.

“Kita akan lakukan yang terbaik aspek kebajikan mereka.

“Kami amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan ini satu tragedi,” jelasnya.

Kata Tajuddin, Prasarana Malaysia Berhad menjamin operasi perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa.

Tren yang tersekat di terowong akan dikeluarkan dalam tempoh tiga hari. Utv

[VIDEO PENUH] : LRT Laluan Kelana Jaya Kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker