Resepi serunding ikan bilis bunga kantan, lain dari yang lain

Sebaran :

Resepi serunding ikan bilis bunga kantan, lain dari yang lain
Resepi serunding ikan bilis bunga kantan, lain dari yang lain

Selalu dah kita makan serunding samada daging atau ayam. Apa kata kali ini kita cuba pula serunding ikan bilis bunga kantan. Sedap baq hang.

Bunga kantan biasanya digunakan sebagai penambah aroma dan menyedapkan lagi rasa masakan. Kali ini SAJI kongsikan resipi menarik menggunakan bunga kantan sebagai bahan utama. Jom cuba resipi serunding bunga katan yang dikongsi oleh Salami Simon ini. Rasanya yang unik pasti membuka selera.



BAHAN

3 kuntum bunga kantan yang telah mekar – leraikan setiap kelopaknya
1 sudu besar udang geragau goreng
1 cawan ikan bilis goreng
½ cawan kacang tanah goreng
Garam dan gula

BAHAN HIRIS


3 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

CARA

1.Semua bahan hiris hendaklah digoreng secara berasingan sehingga garing.

2.Dalam sebuah bekas, masukkan semua bahan dan gaul rata.

3.Taburkan garam dan gula secukup rasa.

4.Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama. Utv

Foto & Resepi: Salami Simon

Resepi serunding ikan bilis bunga kantan, lain dari yang lain


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Serunding Daging Lazat


Sebaran :

Leave a Reply