[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

Seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung KLCC malam ini.

[videopress 8K9BKYiP]

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua mereka sudah dikeluarkan dan dihantar ke hospital dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu.

“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 orang penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu.

“Kita dapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi dan ini adalah kemalangan yang kami masih menyiasat jika ia adalah kecuaian kerana melibatkan kecederaan awam,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

[VIDEO & FOTO] Penumpang Cedera, Tren LRT Dipercayai Brek Mengejut Di LRT Laluan Kelana Jaya

Penumpang cedera, LRT Kelana Jaya terbabit dalam kemalangan

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru malam ini.

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, terdahulu berkata perkhidmatan LRT yang terbabit kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

 

Kemalangan LRT berhampiran Stesen KLCC.

Kemalangan LRT berhampiran Stesen KLCC.
BERITA LANJUT MENYUSUL

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker