Altimet luah dah penat ‘hadap’ Covid-19

Altimet luah dah penat ‘hadap’ Covid-19. SEJAK kebelakangan ini, wabak Covid-19 yang sedang ‘menyerang’ negara masih belum menunjukkan angka penurunan.

Pelbagai usaha telah kerajaan lakukan bagi mengekang penularan pandemik tersebut daripada terus tersebar dalam masyarkat kita bagi tempoh setahun ini.

Ramai yang terkesan ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) terpaksa dikuatkuasakan termasuklah penyanyi rap Altimet yang meluahkan rasa penat dengan situasi semasa negara.

“Aku dah penat.Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan, kehendak peribadi letak tepi untuk kebaikan semua supaya negara kita ini pulih kembali…kalahkan pandemik ini.

“Aku penat nak beritahu dekat anak aku fasal virus in, musuh yang tak dapat dilihat ini. Penat nak jelaskan dekat dia kenapa dia tak dapat main dengan saudara dan kawan-kawan dia.

“Aku kesiankan anak-anak aku sebab perkembangan sosial dan persahabatan mereka terbantut akibat tak dapat pergi sekolah,” katanya.

Malah Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman turut akui perniagaannya berdepan dengan kerugian kesan daripada wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Altimet tidak berhasrat untuk menutup perniagaan tersebut kerana bimbang akan ramai yang terpaksa menganggur akibat kehilangan punca pendapatan.

“Aku dah penat tanggung kerugian perniagaan aku. Tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur.

“Aku dah penat beli barang niaga kawan-kawan industri hiburan yang terpaksa berniaga sebab tiada tawaran kerja.

“Aku harap orang atasan tahu yang aku ini kepenatan dan Aku harap orang atasan tahu bukan aku seorang yang kepenatan.

“Tapi kami tetap ikut saranan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun kami penat,” ujarnya. Utv

Altimet luah dah penat ‘hadap’ Covid-19


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Berjayakah Afdlin dan Altimet dalam arena politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker