Wow! Cinta Baru Ke Sis? Zarina Kongsi Foto Lelaki Dengan Kapsyen ‘Love’ 💞
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Zarina Anjoulie, yang sudah beberapa kali terkandas dalam membina rumah tangga.
Seperti yang ramai tahu, artis yang mesra disapa Anju itu baru sahaja bercerai buat kali kedua bersama bekas suami, Eilyas Azhar pada 3 Mei lalu.
Namun, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dilihat memuat naik gambar seorang lelaki di Instagram.
Bukan itu sahaja, apa yang menambahkan persoalan dalam fikiran netizen adalah apabila ‘posting’ itu berserta dengan kapsyen emoji ‘love’.
Justeru itu, ramai yang berteka-teki adakah jejaka di dalam gambar berkenaan merupakan teman pengganti terbaru Anju meskipun dirinya tidak sampai sebulan bercerai dengan bekas suami.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan jejaka berkenaan yang disifatkan sebagai tampan. Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan tahniah kepada bintang drama Anak Pontianak itu.
Cinta baru ke?
Harap kekal
Hensem jodoh
Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa lelaki berkenaan merupakan teman baik Anju sejak sebelum mengenali bekas suaminya lagi.-OMM
Sumber: Instagram Anjo & AsyrafIslam
You must be logged in to post a comment.