[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau

SIKAP tenang penyanyi rap Caprice berdepan dengan dua ‘inuencer’ wanita warganegara Israel ketika sesi perbincangan live IG berhubung isu Palestin pada malam Khamis mendapat pujian netizen.

Rata-rata netizen kagum cara Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, mengawal emosi apabila berhujah dengan dua wanita yang dikenali sebagai Shiraz dan Orin dalam pelbagai isu melibatkan pergolakan dua negara itu



Malah, siaran langsung itu menerima lebih 200,000 pelayar media sosial Instagram daripada pelbagai negara terutamanya rakyat Malaysia.

“Salute Caprice, semoga keamanan berpihak pada dunia dan terus sebarkan kasih sayang.

“Salute kepada Caprice yang kekal sabar dan tenang sepanjang sesi live ini berlangsung



“Aku yang perempuan ini pun rasa macam penat dengar dia punya bebel benda yang sama,” tulis netizen.

Menerusi siaran video itu, Shiraz dan Orin dilihat tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh Caprice berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh penyanyi tersebut.

Malah mereka seolah-olah ‘koyak’ sehingga mendakwa Palestin bukan merupakan sebuah negara yang diiktiraf



“Itu bukan tanah Palestin, tak pernah ada nama negara Palestin,” kata Orin.

Caprice kemudiannya memberikan gambaran jika rumah mereka didatangi jiran sebelah yang kemudiannya menghalau dan mengambil rumah berkenaan.

“Apa perasaan awak apabila jiran datang dan ketuk rumah dan kemudian claim rumah yang didiami awak itu merupakan milik mereka sekarang?” tanya Caprice.

“Perkara ini sama sekali berlainan dengan isu yang sedang melanda Palestin dan Israel,” jawab Orin yang kelihatan ‘bengang’ dengan pertanyaan yang dikeluarkan Caprice tanpa menjawab soalan itu berdasarkan hujah yang jelas dan betul.



Dalam pada itu, Caprice berkata, dia akan meneruskan usaha untuk berbahas dengan selebriti atau inuencer di negara itu sehingga misi utamanya tercapai.

Dia juga berharap apa yang cuba disampaikan dalam perbincangan itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada rakyat negara Israel.

“Terima kasih kepada semua yang join live tadi… Saya harap selepas ini artis atau inuencers dekat sana akan lagi kenal kita sebab saya akan sentiasa DM mereka ajak sembang sampai kerajaan mereka kenal kita siapa,” kata Caprice.



VIDEO DIBAWAH



Sementara itu, laporan terkini pejuang Hamas dan tentera Israel bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata berkuatkuasa awal pagi Jumaat, sekaligus menyaksikan pertempuran yang berlangsung sejak 11 hari lalu berakhir.

Serangan dilancarkan oleh rejim Zionis pada 10 Mei lalu ketika umat Islam Palestin sedang menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Serangan yang dimulakan Israel menimbulkan reaksi kemarahan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak terkorban.

Angka korban di Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan dilaporkan cedera-mSTAR

Sumber: Instagram Caprice Official

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker