Ekonomi fizikal tenat – Dr Anuar Shah

Ekonomi fizikal tenat

Ekonomi fizikal tenat

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu melihat semula perancangan ekonomi negara terutama untuk suku ketiga dan keempat 2021 dengan mempercepatkan peralihan kepada digital ekonomi.

Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ia bagi mengatasi kekangan aktiviti ekonomi yang dilaksanakan secara fizikal yang ketara terjejas ketika ini.

Katanya, aktiviti perniagaan fizikal sekarang sukar untuk dijalankan terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih tidak reda.

“Aktiviti perniagaan fizikal ini boleh dilaksanakan sekiranya 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia sudah divaksin dan untuk mencapainya memakan masa yang agak lama.

“Peniaga kecil dan penjaja pula sudah tidak boleh membuat perkara yang sama (perniagaan fizikal) dan perlu mengadaptasi pendigitalan kerana mereka akan berdepan kerugian terutama apabila kes jangkitan naik dan arahan penutupan premis dibuat.

“Hakikatnya, perniagaan berasaskan kepada aktiviti fizikal sukar untuk dilaksanakan ketika ini sehingga keadaan Covid-19 dapat diselesaikan,” katanya kepada Bisne Metro.

Beralih kepada penjualan secara online

Menurutnya, selain daripada perlu beralih kepada penjualan secara online, peniaga kecil juga boleh bangkit semula melalui perniagaan yang dilaksanakan dengan tampil menggunakan media sosial dan cara baharu seperti melalui Facebook, Instagram dan TikTok.

Beliau berkata, peniaga perlu membuat hebahan melalui media sosial kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu untuk mempromosi produk masing-masing dan penjualan dapat dijalankan.

“Selain itu, seperti yang saya kongsikan sebelum ini, kerajaan juga perlu memberi RM100 kepada golongan B40 melalui e-dompet bagi membeli makanan dan keperluan penting sahaja.

“Ini juga antara langkah yang dapat menggalakkan lagi peniaga ke arah pendigitalan,” katanya. HM

Ekonomi fizikal tenat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker