Pukul isteri guna topi keledar, lelaki dipenjara 15 bulan

Pukul isteri guna topi keledar, lelaki dipenjara 15 bulan

GUA MUSANG – Perbuatan seorang buruh kampung yang memukul isterinya dengan topi keledar minggu lalu akhirnya berbalas apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 15 bulan.

Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul isterinya, Siti Norhashikin Che Mat, 35, menggunakan topi keledar pada bahagian kepalanya di hadapan sebuah kedai makan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 kira-kira pukul 5 petang pada 25 Januari lalu.

Mohd. Shamsuri didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Firdaus Abdul Hamid.

Terdahulu, Ahmad Firdaus dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan terhadap tertuduh kerana perlu bekerja untuk menyara ibu dan lima orang anaknya.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara selama 15 bulan terhadap Mohd. Shamsuri bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 Januari lalu. K Online

Pukul isteri guna topi keledar, lelaki dipenjara 15 bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker