Palsu: Tiada perutusan khas COVID-19 daripada Perdana Menteri – MKN


Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

MKN menerusi Telegram meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu.

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” kata MKN pada Jumaat.

Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas COVID-19, pukul 9 malam dimuat naik dalam beberapa platform media sosial sejak pukul 3 petang ini.

Turut dimaklumkan perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi salurann Astro AWANI, BERNAMA, TV3 dan RTM. Awani

Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker