“Hippocampus yang tidak dibaja boleh mengundang kepada nyanyuk,” – Solat bantu besarkan memori otak
“Hippocampus yang tidak dibaja boleh mengundang kepada nyanyuk,” – Solat bantu besarkan memori otak
Manusia, sejak daripada lahir sehingga ke liang lahad, sukar untuk lari daripada rutin. Rutin yang sama dijalankan setiap hari tanpa jemu. Namun tahukah anda, hidup dalam lingkungan atau orbit rutin yang sama tidak merangsang otak. Malah ia akan menjurus kepada gelaja nyanyuk.
Menurut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, pemandu teksi mempunyai hippocampus yang besar kerana mereka memecahkan rutin setiap hari dengan memandu melalui jalan yang berbeza setiap hari.
Hippocampus adalah bahagian otak
Hippocampus adalah bahagian otak yang berperanan dalam penyimpanan memori jangka panjang. Ia juga terlibat dalam mengaitkan emosi dengan suatu ingatan tertentu. Fungsi utama hippocampus adalah pembelajaran dan penyimpanan serta pengolahan memori jangka panjang. Dan jika ia rosak maka anda dapat mengalami masalah memori yang serius.
“Perasan tak hidup kita dok pusing rutin yang sama? Setiap hari ulang benda yang sama. Kehidupan kita bagaikan satu ulang tayang.
“Sekali sekala muncul berita terkini pecahkan rutin. Benda macam ni ada masanya buat kita tak selesa.
“Hidup di bawah orbit rutin tak merangsang otak. Ya lah kan rutin. Tak perlu fikir. Benda otomatik. Bahagian yang aktif adalah bahagian-bahagian tertentu saja.
“Contohnya rutin pekerja. Bangun pagi bersiap ke tempat kerja. Yang ada anak sibuk hantar anak ke sekolah. Jalan yang kita pakai pun jalan sama.
“Kalau sekadar rutin Hippocampus- pusat memori tak berkembang. Malah mungkin akan merosot.
“Beza yang terkeluar dari rutin. Macam driver yang terpaksa guna jalan berbeza beza.
“Di London kajian dijalankan ke atas pemandu teksi. Didapati mereka mempunyai hippocampus yang besar.
“Sebabnya mudah. Mereka hafal jalan-jalan di London. Mereka tidak bergantung dengan GPS. Tiada Waze. Hippocampus mereka adalah Waze.
“Untuk kita pula Waze adalah hippocampus kita. Andai tiada Waze, tiada destinasi dapat dituju.
“Hippocampus yang tidak dibaja boleh mengundang kepada nyanyuk. Sekarang masih muda mungkin tidak terasa. Bila terasa, sudah lewat. Rehabilitasi tidak menyengat.”
Namun untuk mendapatkan hippocampus yang baik, caranya cukup mudah. Menurut Dr Rizal lagi, solat membantu membesarkan hippocampus.
“Bagaimana mahu dapatkan hippocampus yang baik? Caranya:
1. Dapatkan tidur yang cukup. Bukan pada panjangnya tidur. Pada kualiti tidur. Perlu belajar bab ini.
2. Belajar menggunakan semua deria semasa pembelajaran.
3. Solat membantu membesarkan hippocampus. Solat Tarawih itu bagus pada otak. Solat Tahajjud bagus pada hippocampus.
Lagi lama kita sujud lagi bagus jadinya.
Yang penting buat. Kena belajar untuk tahu buat.
P/S : Mahu belajar ilmu tentang OTAK lebih mendalam dan cara baikinya? klik neuroversiti.com/neurohealth“
Sumber : Dr Rizal Abu Bakar
“Hippocampus yang tidak dibaja boleh mengundang kepada nyanyuk,” – Solat bantu besarkan memori otak
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.