๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐ฌ๐ซ๐๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ก๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ ๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ง๐ฃ๐๐ญ๐?
๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐ฌ๐ซ๐๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ก๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ ๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ง๐ฃ๐๐ญ๐?
Oleh : ARIFIN MANAN
Kekalahan naratif perang di peringkat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa berpihak kepada naratif perjuangan Palestin dan menyaksikan ledakan sokongan kepada Palestin terutama di sosial media dan dunia Barat.
Semakin lama perang, semakin lama membuka hakikat Israel sebagai negara penjajah. AS juga menekan Israel setelah AS menerima tekanan Antarabangsa.
Kos perang yang meningkat dan mereka tidak sanggup untuk menamatkan perang dengan melaksanakan ground invasion terhadap Gaza. Apabila berlaku ground invasion, kemungkinan besar akan berlaku penculikan tentera Israel oleh pejuang Palestin seperti yang berlaku kepada Gilad Shalit.
Israel terpaksa tunduk
Israel terpaksa tunduk kepada permintaan pejuang Palestin sebagai ganti pembebasan Gilad Shalit.
Mata mata Israel di Gaza telah ditangkap dan mereka berperang di dalam keadaan tidak ada maklumat yang lengkap. Israel terpaksa bom secara rambang dan kemuncaknya apabila mereka menyerang bangunan menempatkan syarikat akhbar antarabangsa di Gaza, naratif perang Israel tidak lagi memihak kepada mereka.
Merekaย tidak lagi mempertahankan diri dari Hamas tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar dari dunia antarabangsa.
Israel tidak berjaya melumpuhkan walau satu pusat kawalan mujahidin di Gaza melalui serangan bom mereka akibat mata mata mereka di Gaza sudah ditangkap.
Pergolakan politik dalaman dari parti pembangkang Israel terhadap Netanyahu. Mereka mendesak untuk dihentikan peperangan dan menyalahkan Netanyahu sebagai punca Israel mendapat malu.
Sekiranya kita mengikuti perkembangan perjuangan Palestin bermula Intifada yang pertama pada 1987, kita harus akui perjuangan Palestin telah meningkat ke satu tahap baharu yang menggerunkan Israel.
Sokongan antarabangsa yang meningkat kepada Palestin, kekuatan persenjataan tentera Hamas, sokongan rakyat kepada Hamas walaupun sebahagian mereka syahid dan cedera akhirnya memberi kita kefahaman bahawa Palestin pasti akan merdeka suatu hari nanti.
Dan hari itu sudah semakin hampir. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan sama sama sujud di Masjid al Aqsa yang sudah merdeka.
Tahniah para pejuang Palestin, tahniah pejuang siber dan social media di Malaysia, tahniah para donator. Semoga Allah swt ganjari kita dengan sebesar besar pahala. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahil hamd.
Penulis adalah Ketua Sekretariat Kempen Kesedaran Perang Pedang Al-Quds 2021 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Artikel ini dipetik daripada Facebook beliau. Utv
๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐ฌ๐ซ๐๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ก๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ ๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ง๐ฃ๐๐ญ๐?
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena โbantaiโ, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] โHawau Kau !!โ MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam โPetirโ, Pasal Perut Bertingkat.๐คฃ
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam โ Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Galak Menghentam Zionis, Terlupa Bersarangnya Freemason Bersepah Dalam Malaysia
You must be logged in to post a comment.