Vaksin Astrazeneca di Sarawak hanya untuk yang mendaftar secara sukarela – Uggah
KUCHING: Pemberian vaksin Astrazeneca di Sarawak akan dilakukan secara berasingan dari pemberian vaksin lain dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia kerana vaksin tersebut hanya untuk mereka yang berdaftar secara sukarela.
Namun lokasi bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Astrazeneca masih lagi dibincang sebelum koordinasinya dilaksanakan.
“Pemberian vaksin AstraZeneca adalah secara berasingan, ia dilakukan secara sukarela dan konsep siapa cepat dia dapat.
‘’Ia juga mempunyai Pusat Pemberian Vaksin yang berasingan yang akan diuruskan oleh kumpulan lain kerana ia tidak termasuk dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pada Rabu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak telah mendapat kebenaran kerajaan pusat untuk melibatkan hospital swasta sebagai PPV Astrazeneca.
Mengulas mengenai pemberian vaksin Sinovac yang dibeli kerajaan negeri pula, ia akan dimaklumkan kelak, komen Uggah ringkas. Awani
You must be logged in to post a comment.