Sebahagian Darwin’s Arch runtuh


QUITO, Ecuador – Salah satu formasi batuan di Kepulauan Galapagos telah runtuh dan jatuh ke dalam laut, lapor agensi berita CNN, hari ini.

Kementerian Alam Sekitar Ecuador berkata bahagian atas Darwin’s Arch yang terletak di sebelah utara kepulauan itu terjatuh ke dalam laut akibat hakisan semula jadi.

Imej struktur batu itu yang kini hanya tinggal dua bahagian tiang dikongsikan di akaun Twitter rasmi kementerian tersebut kelmarin bersama kenyataan yang mengesahkan berita itu.

“Kami melaporkan kejadian runtuhan pada Darwin’s Arch yang terletak kurang satu kilometer dari kawasan utama Pulau Darwin.



“Darwin’s Arch yang terhasil daripada batuan semula jadi merupakan sebahagian daripada Pulau Darwin yang tidak dibuka kepada pengunjung,” tulis kenyataan pada Twitter itu.

Dinamakan sempena nama ahli biologi Charles Darwin, struktur lengkungan itu disifatkan sebagai salah satu lokasi menyelam terbaik di kepulauan Lautan Pasifik yang merupakan sebahagian daripada Ecuador.

Syarikat pelancongan Aggressor Adventures mengesahkan salah satu kumpulan pelancongan yang dibawa syarikat itu telah menyaksikan kejadian tersebut.

“Pagi ini (Isnin) pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan, Darwin’s Arch runtuh di hadapan mata pelancong. Kami akan merindui kawasan ikonik ini,” kata syarikat itu. Agensi



Buku nota Charles Darwin dicuri dari Universiti Cambridge

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker