Ketua Polis Daerah Gombak ditukarkan ke Unit Integriti Bukit Aman

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe yang sebelum ini dikritik berhubung kematian tahanan dalam lokap, ditukarkan ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Beliau menggalas jawatan Penolong Pengarah (Siasatan, Perundangan dan Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard bermula 21 Jun ini.

Bukit Aman hari ini mengumumkan pertukaran Arifai bersama 11 pegawai kanan polis yang lain.



Kekosongan jawatan beliau di Gombak akan diganti Mohd Shukhairy Abd Sabhe, penolong pengarah di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

MAEPS: ‘Tak cekap dan bercelaru’ meletihkan pesakit dan fronliner – Bekas Pesakit Covid-19

Arifai sebelum ini berdepan tuntutan supaya meletak jawatan susulan kematian penjual susu lembu A Ganapathy ketika dalam tahanan polis di Gombak.



Bagaimanapun Arifai berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani untuk mengulas berhubung desakan supaya beliau digantung atau meletak jawatan.

Ganapathy 40, ditahan polis pada 24 Februari lalu dan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 18 April selepas sebulan menerima rawatan.

Keluarga Ganapathy mendakwa, mangsa dipukul ketika dalam tahanan dan menderita akibat kecederaan pada kaki, lengan dan bahu.

Arifai bagaimanapun berkata, tidak ada bukti yang Ganapathy dipukul ketika dalam tahanan polis.



 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Apa jadi dengan PU Riz?



 

 

 



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker