Ancaman Israel: KDN pandang serius

Sebaran :

Ancaman Israel: KDN pandang serius

Ancaman Israel: KDN pandang serius, agensi keselamatan tingkat kawalan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Menterinya Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia bersama agensi-agensi keselamatan lain bertindak meningkatkan semua aspek kawalan keselamatan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara ini.

Sekolah satu aliran sukar dilaksana kerana bantahan keras bukan Melayu

Dia berkata dalam masa sama, KDN mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.

Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama

Ancaman Israel: KDN pandang serius, agensi keselamatan tingkat kawalan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tiada kawan, musuh kekal dalam politik – Najib


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT



Sebaran :

Leave a Reply